Teater Tun Fatimah Srikandi Empayar Melala kini kembali di Kuala Lumpur setelah berjaya Dan menjadi trending dengan Produksi Pertubuhan Teater Melaka [PERTEM]. Sebelum ini pernah mempersembahkan teater yang sama di Melaka jua pernah menghasilkan teater yang lain sebelum ini.

TEATER TUN FATIMAH

Boolan Trending selaku penerbit, percaya dengan kredibiliti Pertubuhan Teater Melaka dan yakin seramai 800 penonton bakal datang. Persembahan Teater Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka bakal diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7– 8 Jun 2024.

PELAKON TEATER

Membariskan PELAKON terkenal tanah air seperti Neera Azizi, Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman dan Zack Kool. Kali ini membawa seorang atlit Malaysia dari gelanggang silat ke pentas teater.

PESILAT MALAYSIA

Atlit Malaysia dari gelanggang silat ke pentas teater iaitu Al Jufferi. Memegang status juara dunia sebanyak 4 Kali berturut-turut dalam kejohanan silat memberi satu kelebihan untuk Al Jufferi memegang watak Tun Busu dimana anak Melayu pantang kalah.

Untuk Neera Azizi pula peluang memegang watak utama sebagai Tun Fatimah merupakan satu penghargaan kepada beliau. Kali ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas teater memandang teater kali ini merupakan siri kembara daripada pementasan lepas.

Bagi pelakon lain pentas teater adalah merupakan gelangang yang sudah biasa bagi mereka.

RAKAN STRATEGIK

Pemilik Boolan Trending Cik L Ahmad dan Ashraf Muslim mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengurusan acara dan juga persembahan pentas. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan acara dan lakonan.

Selain itu, rakan strategik mereka juga En. Lokman Ghani dan En. Nazim Rome mempunyai nama besar dalam bidang masing-masing. Kekuatan mereka adalah berada di belakang penaung Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.

MISI TAHUN MELAWAT MELAKA 2024

Pementasan ini juga menjayakan hasrat kerajaan Negeri Melaka dalam Misi Tahun Melawat Melaka 2024. Selain Teater ini, Boolan Trending Bersama rakan strategiknya PERTEM, Platinum Apple Communication dan RESBU juga telah merancang untuk beberapa produksi lain.

Antaranya Konsert Ronggeng Vaganza, Konsert Dendang Warisan, Teater Hang Tuah, Teater Tun Perak serta projek cuti sekolah iaitu Teater Muzikal Kanak-kanak Cat Cit Cot.

TUN FATIMAH SRIKANDI EMPAYAR MELAKA

Diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 dan 8 Jun 2024 dimana tiket berharga RM100 [premium] termasuk meet & greet bersama pelakon, merchandise dan juga makan Malam sebelum teater Dan juga RM30 untuk tiket biasa.

Mengisahkan perjuangan Tun Fatimah anak bendahara Seri maharaja yang jelita Dan Seri Kandi Melaka. Tun Fatimah telah dikahwinkan dengan Tun Ali. Sultan telah murka kerana Datuk bendahara tidak memperlihatkan tun fatimah terlebih dahulu sebelum dikahwinkan.

Akibat di fitnah Bendahara Sri maharaja Dan anaknya Tun Hasan dan menantunya Tun Ali dititah bunuh oleh Sultan . Tun Fatimah dipaksa kahwin dengan Sultan Mahmud. Tun Fatimah dapat membalas dendam terhadap pemfitnah yang memfitnah Datuk Bendahara Seri Maharaja.

bagi mempromosikan teater Tun Fatimah SriKandi Empayar Melaka, ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Melaka merangkap ADUN Rim.

Turut di hadiri Pengarah, Jabatan kebudayaan dan kesenian negara, Melaka Cik Ezlina bte Alias serta Ahli Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Saad. Dan Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai rakan kerjasama.

Credit Photo: Maestro Media

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge