Adakah anda kenal akan lokasi ini – Encore Melaka? Ianya terletak di Melaka dan bakal menjadi salah satu tarikan pelancong mengenali budaya kita di Malaysia,

ENCORE MELAKA

Setelah empat tahun operasi diberhentikan akibat pandemik, ENCORE MELAKA, sebuah seni bina di Asia Tenggara yang mengagumkan dan mempunyai auditorium berputar 360 darjah yang pertama di rantau ini.Kini, mencari bakat seni persembahan sebagai persiapan musim baharu produksi teater bertaraf dunia.

TEATER ENCORE MELAKA

Pertama kali dibuka pada Julai 2018, teater ENCORE MELAKA yang berkapasiti 2,000 tempat duduk merupakan pentas persembahan luar negara yang pertama bagi Siri Impression dari China. Ditubuhkan pada 1998 oleh pengarah terkenal, Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang Chaoge.

PRODUKSI

Mendapat pujian tinggi ini menampilkan lebih 200 artis yang mempersembahkan persembahan berlatarbelakangkan pemandangan air dan pemetaan cahaya yang memukau, perlu ditonton untuk dirasai tarikannya.

CABARAN PANDEMIK

“Selepas berjaya mengharungi cabaran pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya, kami berasa amat bangga untuk kembali ke pentas semula.

Dengan ketibaan semula pelancong dan Melaka sebagai destinasi popular yang kaya dengan budaya, kami teruja dalam mengalukan bakat tempatan baharu dan menyertai kami dalam mencipta produksi baru.”

-Pengasas ENCORE MELAKA, Datuk Wira Boo Kuang Loon

PLATFORM ARTIS

Bukan sendirian tetapi bergabung tenaga dengan WYC Dance Studio dan Arts Centre WYC) dalam menyediakan platfom kepada artis yang sudah berpengalaman mahupun masih baharu untuk mempamerkan bakat mereka.

“Menyediakan arena antarabangsa untuk artis tempatan kami mempamerkan bakat mereka adalah sesuatu yang sangat dekat di hati kami. Kami percaya, bukan sahaja akan meningkatkan nilai artistik persembahan kami.

Tetapi juga menghidupkan semula misi kami dalam menyampaikan kisah-kisah kaya yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai. Artis tempatan kita turut boleh menunjukkan bakat mereka kepada penonton dari dekat dan jauh,”

UJI BAKAT TERBUKA

ENCORE MELAKA dengan teruja mengumumkan uji bakat terbuka pada hari Ahad, 26 Mei dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang. Syarat-syarat:

  • Umur – 18- 30 tahun
  • Mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan
  • Bersedia dengan 1 minit persembahan yang menunjukkan bakat anda [mengikut pilihan masing-masing tetapi sangat digalakkan]
  • Mempunyai pengalaman pentas [satu kelebihan tetapi tidak diwajibkan]

Mohon untuk isikan borang dibawah dan menghadiri sesi uji bakat terbuka untuk proses yang lebih lancar. Untuk yang tidak dapat hadir boleh isi borang yang sama sebelum jam 5 petang, 26 Mei 2024, dan anda
akan dihubungi secara berasingan.

BORANG UJIBAKAT

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge