STAR VS FOOD MALAYSIA 2 KEMBALI, AMAZING!

STAR VS FOOD MALAYSIA 2 KEMBALI, AMAZING!|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menerusi penerbitan bersama Astro dan Warner Bros, pastinya para pelanggan Astro menantikan program ini

STAR VS FOOD MALAYSIA 2

Program realiti masakan Star Vs Food Malaysia 2, yang memenangi anugerah akan ditayangkan pada 19 Februari di TV menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO. 

STAR VS FOOD MALAYSIA 2

MUSIM PERTAMA

Musim pertama Star Vs Food Malaysia merupakan pemenang anugerah ‘Grand Final’ untuk kategori ‘Best Adaptation of an Existing Format’ di Asian Academy Creative Awards (AACA).

Program realiti masakan ini adalah berdasarkan format asal Warner Bros. Discovery, ‘Star Vs Food’ menyaksikan kejayaannya di India.

STAR VS FOOD MALAYSIA 2

Dalam musim pertama Star Vs Food Malaysia, peminat menikmati konsep program masakan unik di mana selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef.

Dengan cara yang mudah dan menarik termasuk satu daripada episod yang paling banyak ditonton.

Episod dimana Cef Fazley Yaakob membawa kehangatan memasak bersama pelakon Hisham Hamid dengan penyediaan hidangan lazat Malaysia. Daging Salai Lemak Masak Cili Api, Sambal Hijau dan Jagung Bakar Macaron.

LEBIH HURU-HARA DAN KESERONOKAN MUSIM KE-2

“Berikutan kejayaan musim pertama, kami teruja untuk mempersembahkan musim baharu Star Vs Food Malaysia dengan pendekatan terkini.

Penonton boleh menjangka untuk melihat lebih banyak huru-hara dan keseronokan daripada barisan cef dan selebriti ternama di dapur.

STAR VS FOOD MALAYSIA 2

Sebagai tambahan, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama menerbitkan kandungan bersama Warner Bros. Discovery.

Di samping mengembangkan senarai format kandungan tempatan kepada penonton di Malaysia.”

-Sharmin Parameswaran, Naib Presiden, Perniagaan Antarabangsa, Astro

GANDINGAN SELEBRITI TERNAMA

Star Vs Food Malaysia 2 akan menampilkan lebih ramai gandingan selebriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional: Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan;

Prof. Dato’ Cef Zam adan Ning Baizura; Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson; Altimet dan Cef Thevi; Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila;

STAR VS FOOD MALAYSIA 2
STAR VS FOOD MALAYSIA 2

Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie; serta Cef Edwin Chan dan Diana Danielle, yang akan melapisi 7 episod.

Gandingan ini ada menyediakan pelbagai hidangan baharu dalam setiap episod sambil mengembara merentasi bandar-bandar di seluruh negara. 

Antara hidangan makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi.

JANGAN LEPASKAN TAYANGAN

Tayangan perdana episod-episod baharu, pada 12 tengah hari, setiap Ahad di PRIMEtime (Saluran 704).

Siaran ulangan pada hari yang sama, jam 7.30 malam. Para pelanggan juga boleh strim di On Demand dan Astro GO. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge