JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2 -YAMANI ABDILLAH DAN ZAKI YAMANI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ramai yang tidak menyangka tetapi inilah keputusannya.

JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2

Program realiti nyanyian Famili Duo musim ke-2 yang bersiaran secara lansung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Menobatkan duo adik-beradik Yamani Abdillah dan Zaki Yamani sebagai juara program musim ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi Famili Duo.

ZAKI YAMANI DAN YAMANI ABDILLAH

Duo adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah merupakan anak kepada Dato’ Jamal Abdillah dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim ke-2

TEMA MINGGU FINALE

Dengan tema minggu finale , ‘Anugerah Juara Lagu’ dan ‘Bebas’. Yamani Abdillah dan Zaki Yamani menyampaikan persembahan yang bertenaga dan konsisten.

JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2

Menerusi medley Potret (Akim & The Majistret) dan Pelukan Angkasa (S.O.G) serta medley Hutang (Floor 88) dan Bunga serta Kau Pun Sama (Syamel).

Turut mendapat pujian dari juri tetap Ajai dan Mas Idayu.

NAIB JUARA

Posisi naib juara pula menjadi milik satu lagi duo adik-beradik Ayda dan Fyna yang turut dikenali dengan jolokan ‘The Jebats’.

JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2

Mereka berdua berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 25,000 sumbangan Elegant Cosmetics berserta trofi.

Ayda dan Fyna menyampaikan medley Gemilang (Jaclyn Victor) dan Pada Syurga Diwajahmu (Nash) serta medley Let’s Get Loud (Jennifer Lopez) dan Gangnam Style (Psy)

TEMPAT KETIGA

Sementara itu, duo sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie pula berjaya mendapat tempat ketiga. Membawa pulang hadiah wang tunai RM 15,000 sumbangan Elegant Cosmetics berserta trofi.

JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2

Bella Astillah dan Wani Kayrie menyampaikan medley Gila (Kaka Azraff, Loca B & Noki) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain) serta lagu Let It Go (Idina Menzel).

PEMENANG TEMPAT KEEMPAT

Manakala satu lagi duo sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel pula hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.

Sissy Imann dan Naim Daniel berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000 sumbangan Elegant Cosmetics berserta trofi.

JUARA FAMILI DUO MUSIM KE 2

Persembahan minggu akhir Famili Duo musim ke-2 diadili sepenuhnya oleh dua juri profesional iaitu Ajai dan Mas Idayu selaku juri tetap. Dihoskan oleh pasangan selebriti Sean Lee dan Janna Nick.

FAMILI DUO BERSIARAN 8 MINGGU

Program realiti Famili Duo telah bersiaran selama lapan minggu. Menampilkan duo peserta yang terdiri dari selebriti popular bersama pasangannya. Terdiri dari ahli keluarga mereka sendiri.

Tiga duo peserta yang telah tersingkir pada minggu separuh akhir. Antaranya Siti Sairah dan Siti Saida, Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique serta Ara Johari & Shaffiq Erwin.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge