DURIAN KING TTDI DIBUKA SEMULA SELEPAS 14 BULAN DITUTUP

Dah lama mencari-cari, kini dah buka kembal! Apa lagi jom kite ke ‘Durian King TTDI’!

DURIAN KING TTDI

Selepas lebih 14 bulan menghentikan operasi akibat salah faham berkaitan lesen perniagaan, Durian King TTDI kini kembali beroperasi. Sejak 2015, gerai durian yang sederhana namun cukup ikonik ini menjadi pilihan utama warga Lembah Klang untuk menikmati durian segar serta cendol durian yang terkenal dengan rasa premium dan saiz hidangan yang memuaskan.

DURIAN KING TTDI

KENAPA TUTUP?

Semasa tempoh penutupan, ramai pelanggan setia tertanya-tanya: “Apa sebenarnya berlaku pada Durian King?” Untuk makluman semua, penarikan lesen operasi ketika itu berlaku disebabkan salah faham antara pihak berkuasa dan pihak Durian King.

BUAT RAYUAN

Selepas proses rayuan bersama Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta sokongan kuat daripada Menteri Pertanian. Memahami kepentingan industri durian terhadap petani, pemandu, keselamatan makanan dan peluang pekerjaan—Durian King TTDI akhirnya dibenarkan beroperasi semula.

DURIAN KING TTDI

TERIMA KASIH KERANA PELUANG

Pemilik Durian King TTDI, Erik Ong, meluahkan rasa syukur serta menghargai bantuan semua pihak yang terlibat dalam usaha ini. Malah sangat berterima kasih dan bersyukur dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Menteri Wilayah serta Persatuan Penduduk TTDI yang memberikan dukungan sehingga pembukaan semula direalisasi. 

APA YANG MENANTI ANDA DI DURIAN KING TTDI

1.⁠ ⁠DURIAN CENDOL TERBAIK DI LEMBAH KLANG

Hidangan signature yang terkenal dengan saiz besar dan rasa padu kini kembali untuk mengubat rindu para peminat.

DURIAN KING TTDI

2.⁠ ⁠LOKASI LAGENDA SEJAK 2015

Tempat lepak santai untuk keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja — sebuah ruang mesra pelanggan yang sudah menjadi tradisi ramai.

3.⁠ ⁠DURIAN SEGAR TERUS DARI LADANG

Bekalan diperoleh setiap hari, termasuk dari ladang 95 ekar di Rawang (Selangor Fruit Valley), dengan pilihan durian premium seperti Black Thorn dan Musang King. Durian King TTDI turut menerima sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menjadikan negeri ini hab pengeluar durian utama.

DURIAN KING TTDI

4.⁠ ⁠INTEGRITI & KETELUSAN –

Setiap kakitangan dilatih untuk sentiasa amanah, jujur dan berpaksikan kepuasan pelanggan. Kepercayaan adalah asas reputasi Durian King TTDI.

5.⁠ ⁠10 TAHUN BERSAMA ANDA

2025 menandakan sedekad Durian King TTDI bertapak dalam industri — bermula sebagai Event Management, kini berkembang dalam dunia pertanian dan perniagaan durian.

DURIAN KING TTDI

6.⁠ ⁠BERI PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MUDA

Sejak DBKL memperkenalkan peraturan pada 2020 yang melarang pekerja asing menjual durian, Durian King TTDI membuka peluang kepada belia tempatan dan lepasan SPM. Walaupun mencabar, kami bangga dapat membantu anak-anak muda membina kerjaya.

7.⁠ ⁠HARGA DURIAN KINI LEBIH RENDAH

Ketika industri berdepan lambakan hasil serta kesan banjir terhadap pekebun, pembukaan semula Durian King TTDI membawa misi meningkatkan permintaan dan membantu pekebun tempatan.

DURIAN KING TTDI

WAKTU OPERASI RASMI

Isnin – Jumaat | 5.00 petang – 12.00 tengah malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | 2.00 petang – 12.00 tengah malam

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge