Untuk tahun ini, Harmoni Raya dijadikan sebagai tema sambutan Raya di Intermark Mall. Alamilah sambutan dan warisan budaya Aidilfitri di pusat-pusat beli-belah Pavilion REIT.

HARMONI RAYA

Intermark Mall ingin menjemput semua ke sambutan ‘Harmoni Raya’ yang berlangsung antara 14 Mac dan 21 April 2024.

Sambutan ini menekankan segala hal yang melambangkan keistimewaan Aidilfitri — makanan, muzik, rumah dan filem. Selain mengukuhkan komitmen pusat beli-belah itu terhadap Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

PERTUNJUKAN FESYEN RAYA

Dengan peningkatan kesedaran tentang kesan perayaan terhadap alam sekitar, Intermark Mall berazam untuk mengimbangi tradisi dan kesedaran alam sekitar. Ini dibuat melalui pertunjukan fesyen Raya yang mesra alam oleh kumpulan pereka tempatan, KL6.

KAEDAH RRU- GUNA SEMULA

Kumpulan itu berusaha meminimumkan kesan industri fesyen terhadap alam sekitar melalui ‘Kaedah RRU’– guna semula serta kitar semula (‘recycle’ dan ‘upcycle’).

Untuk menghasilkan produk yang bergaya dan bermutu tinggi sambil menekankan pengurangan sisa, penggunaan bahan mesra alam, dan etika kerja yang saksama.

BAZAR RAMADAN

Singgah ke ‘Bazar Ramadan’ di Tingkat Atrium untuk membeli tudung, aksesori, hiasan rumah dan sebagainya. Daripada pelbagai jenama termasuk Bacarat dan Raya Market oleh FA’WER!.

Pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel pendidikan dan menyaksikan pelbagai persembahan hebat. Sertailah aktiviti ‘upcycling’ dengan kumpulan KL6, seperti mentransformasi fabrik lama kepada karya fesyen baharu.

Saksikan persembahan silat, tarian kebudayaan dan gamelan yang tersedia sepanjang kempen ini.

GANJARAN

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dalam satu resit boleh menebus sampul Raya eksklusif. Manakala mereka yang membelanjakan RM350 dalam satu resit boleh mendapat satu beg jut Intermark Mall yang istimewa.

Tiga pembelanja tertinggi juga akan mendapat periuk kecil STAUB Pepper Cocotte (merah/kuning) yang bernilai RM299 setiap satu!

Website| Contact 03 2166 8170.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge