PIZZA KARI RAYA INSPIRASI SEMPENA RAYA TAHUN INI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PIZZA KARI RAYA INSPIRASI SEMPENA RAYA TAHUN INI | Pizza Kari Raya? Raya kali ini, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan menyambutnya dengan sedikit berbeza. Mamun tidak semestinya sambutan kali ini tidak bermakna.

Antara hikmahnya, keadaan kali ini membuka ruang untuk mengingatkan kita supaya sentiasa menghargai keluarga dan insan tersayang. Sama ada duduk serumah ataupun jauh di mata. Kita harus menghargai dan terus memberikan kegembiraan kepada mereka terutama sekali di musim perayaan ini.

PIZZA KARI RAYA

Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan ayam perap dan dilimpahi sos kari lazat.

“Raya adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim. Walaupun perayaan tahun ini nampaknya penuh dengan kenangan pahit manis. Itu tidak bermakna kita tidak dapat merayakannya dengan gembira. Sebaliknya, kita harus sentiasa bersyukur dan cuba untuk mewujudkan cara baru untuk meyemarakkan lagi hubungan yang ada selama ini,”

“Bersalam dan berkunjungan amat tidak digalakkan pada waktu ini. Pizza Hut berharap agar semua umat Islam terus menyambut Hari Raya dengan meneruskan tradisi‘bersalam’ dan bermaafan. Lain cara tahun ini melalui penghantaran pizza Kari Raya. Disertakan dengan ‘Kad Salam’ yang berfungsi sebagai kiriman salam kepada mereka yang jauh di mata.

kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Pelanggan cuma perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut. Mereka boleh memilih untuk menghantar pizza dan kad ini sebagai hadiah. Khas untuk rakan dan keluarga mereka dengan mengisi maklumat penerima,” tambahnya.

Pizza baharu yang diinspirasikan sempena sambutan Hari Raya ini telah dicipta untuk meraikan ikatan dan mewujudkan semangat Raya pada semua. Di mana setiap keluarga kini dapat menikmati pizza terbaharu berperisa kari bersama keluarga tersayang di rumah. Yang best tanpa kerumitan memasak dan menyediakan juadah Raya; kini kesemuanya dapat bersantai dan  menikmati setiap detik perayaan disamping keluarga bersama makanan yang mudah dinikmati ini.

Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan ayam perap dan dilimpahi sos kari lazat. Boleh didapati untuk waktu yang terhad dari 19 April hingga 21 Jun 2021. Bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte, dan hidangan kombo untuk 2 hingga 4 orang bermula dari RM44.90. Dapatkan pizza terbaru ini melalui khidmat penghantaran, dan bawa-pulang serta melalui agregator khidmat penghantaran makanan lain seperti Grabfood & Foodpanda. Untuk maklumat lanjut, sila layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge