Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TONY ROMA’S HIDANGKAN FESTIVE FLAVOURS UNTUK PENGGEMAR DAGING | Tony Roma’s antara restoran yang terkenal dengan hidangan tersendiri. Antaranya adalah daging. Kini sempena Ramadan promosi terbaru buat anda penggemar daging

TONY ROMA’S

Walaupun pandemik Covid-19 masih lagi ada, tetapi ini tidak mematahkan semangat bagi Tony Roma’s. Tahun lepas adalah tahun sukar untuk semua tapi tahun ini bangkit kembali. Buat penggemar daging jangan lupa untuk singgah atau memesan promosi terkini sempena Ramadan.

FESTIVE FLAVOURS

Hidangan ini disediakan dengan saiz hidangan yang besar dimana sesuai untuk ahli keluarga mahupun rakan-rakan untuk dinikmati bersama. Sambil menikmati hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Pasti ada banyak cerita atau kisah yang ingin dikongsikan bila bersama. Promosi bermula dari 19 April hingga 15 Jun di semua cawangan seluruh Malaysia.

FESTIVE BEEF RIBS PLATTER

Di hidangkan 10 ketul tulang rusuk dengan 5 rasa yang berbeza bersama hidangan sampingan. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri. Dimana menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap.

Jika anda penggemar yang pedas boleh pilih Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda. Manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.

Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika tetapi ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Kalau ikut di Malaysia ianya seakan sama dengan sup tulang.

Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam. Daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.

FESTIVE LAMB SLABS PLATTER

Festive Lamb Slabs Platter tiga potongan daging kambing. Diperap dengan sos madu dan plum. Yang penting hidangan ini memang sedap dan daging pun lembut.

Jangan risau setiap set Festive Flavours didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan

T-BONE STEAK

Malah ada juga hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna. Dihidangkan bersama sayuran disampingnya.

Hidangan Sampingan Festive Flavours

PIilihan sama ada Kentang Lenyek/Jagung Bakar/Coleslaw

Sebagai pelengkap hidangan, nikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu.

Ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera

HARGA FESTIVE FLAVOURS

  1. Set 4 hingga 6 orang (RM299.90)-Festive Lamb Slabs Platter beserta Sup Tulang Rib Bone, Brokoli & Nasi Pilaf, dan DUA hidangan sisi sama ada Kentang Putar/Jagung/Coleslaw
  2. Set 4 hingga 6 orang (RM359.90)-Festive Ribs Platter beserta Sup Tulang Rib Bone, Brokoli & Nasi Pilaf, dan DUA hidangan sisi sama ada Kentang Putar/Jagung/Coleslaw

“Sejak sekian lama, nilai jenama kami dipandu oleh matlamat untuk memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua pelanggan yang datang ke Tony Roma’s. Inilah inspirasi utama disebalik menu perayaan kami.

Kami ingin menjadi pemangkin dalam menghasilkan detik bermakna untuk para pengunjung dan kami inginkan mereka menikmati saat-saat itu bersama individu yang istimewa buat mereka. Memandangkan tahun lepas adalah tahun yang mencabar untuk semua.

Kini kami memutuskan untuk membawa kegembiraan kepada pelanggan dengan menawarkan sesuatu yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama,”

kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley.

Musim Ramadhan yang akan datang bukan hanya untuk pelanggan Muslim, tetapi juga semua rakyat Malaysia. Sambil makan sambil meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge