PELUKAN ANGKASA RANGKUL ANUGERAH JUARA LAGU 36, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ada yang setuju dengan keputusan malam ini di Anugerah Juara Lagu ke 36 yang berlangsung malam tadi.

PELUKAN ANGKASA

Siapa sangaka lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazlina Hishamudin menjadi juara. Lagu ini dinyanyikan oleh SOG [Sekumpulan Orang Gila] bersama dengan Shila Amzah.

Lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 berserta trofi emas.

Cinta nyanyian Marsha Milan pula mendapat tempat ke dua [Naib Juara] dimana membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Lagu ini ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik

Tempat ketiga dimenangi oleh Haqiem Rusli dengan lagu bertajuk Mimpi. Ciptaan Haqiem sendiri dan serta lirik oleh Datuk A. Aida. Wang kemenangan berupa wang berjumlah RM 30,000 serta trofi.

VOKAL TERBAIK

Tidak di nafikan dimana Aina Abdul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 untuk Kategori Vokal Terbaik.

PERSEMBAHAN TERBAIK

Rata-rata mungkin setuju dimana persembahan dari Marsha Milan memukau para penonton. Lagu Cinta yang memenangi tempat kedua berjaya merangkul persembahan terbaik malam ini.

anugerah juara lagu 36

Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 , trofi dan hadiah sampingan tajaan NOIR Beauty Essence berjumlah RM6,000.

Gandingan duet Aina Abdul dan Khai Bahar muncul sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Popularmenerusi lagu Nafas Cinta.

HOS AJL 36

Kali ini Anugerah Juara Lagu 36 dihoskan oleh Nabila Huda dan Alif Satar. Tidak lengkap tanpa acara karpet merah dimana ianya dihos oleh Sissy Iman dan Sean Lje.

KUMPULAN WINGS

Persembahan dari kumpulan Wings menerusi medley lagu-lagu popular termasuk Taman Rashidah Utama dan Hukum Karma menjadi perhatian dimana rata-rata penonton turut serta menyanyi.

anugerah juara lagu 36

BARISAN JURI

Persembahan finalis AJL36 diadili barisan juri terdiri daripada Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato’ Acis, Mike Chan. Juga Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge