OBAT RINDU KOLABORASI MALAYSIA-INDONESIA,THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kolaborasi Malaysia-Indonesia nie macam menarik, tapi siapakah artisnya?
OBAT RINDU
Bintang Big Stage 2019, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’.
Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan.
Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan terompet ini menceritakan tentang hubungan LDR.
Rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan yang sedang menjalani hubungan LDR menjadi intipati kepada single ini
SERASI SUARA KAYU & KUCAIMARS
Paduan serasi di antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.
LIRIK OBAT RINDU PENAWAR?
“Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,”
kata Ingrid, salah seorang ahli Suara Kayu.
‘Mini-a-Tour’, jelajah kolaborasi yang diadakan dengan pemuzik dan YouTuber terkenal dari Bandung, Jogja, Semarang dan Surabaya kini boleh ditonton di saluran YouTube Suara Kayu.
KOLABORASI DENGAN KUCAIMARS
“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,”
-jelas Dewangga pula.Melalui sebuah temuramah,
Kucaimars merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu.
“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,”
-ujar pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi.
HARAPAN OBAT RINDU
Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia.
“Semoga lagu ini menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya juga,”
-akhiri Ingrid.