SIAPA KE ANUGERAH JUARA LAGU 36, PASTI BEST!

SIAPA KE ANUGERAH JUARA LAGU 36, PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. selama 2 hari berturut-turut diadakan untuk separuh akhir muzik-muzik.

SIAPA KE ANUGERAH JUARA LAGU 36

Akhirnya penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 diumumkan pada malam tadi.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 30 buah lagu telah bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir . Bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.

JURI PROFESSIONAL MUZIK MUZIK 36

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail. Disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

PEMENANG LAGU PILIHAN NOIR

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka dalam kedua-dua episod separuh akhir . Hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung.

Pemenang Lagu Pilihan Noir (Nafas Cinta) diumumkan di hujung rancangan pada 1 Januari 2022. Keduanya memenangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek. Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge