KRISMAS FAHRENHEIT88 TEMA ARTFUL CHRISTMAS, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tinggal kurang dari sebulan lagi sambutan Krismas bakal menjelang.
KRISMAS FAHRENHEIT88
Jika memasuki pusat membeli-belah pastinya teruja. Mana taknya, sudah bermula sambutan Krismas mulai 23 November 2022 hingga 26 Disember 2022.
TEMA ARTFUL CHRISTMAS
Tahun ini, Krismas Fahrenheit88 bertemakan ‘Artful Christmas’. Bergandingan dengan Bath & Body Works untuk menjayakan dengan membawa wangian yang semerbak harum.
Sekali gus memberi pengalaman membeli-belah bersama keluarga dan teman-teman yang mengasyikkan.
ADA SUDUT ‘GIVE LOVE’
Sudut ‘Give Love’ terletak di pintu masuk Fahrenheit88. Sebelum masuk pasti anda akan perasan di sebelah kiri sebelum memulakan pencarian hadiah Krismas.
Ada empat kotak ala dispenser ‘holiday fragrance mist’ dengan empat wangian berbeza. Dari HOPE, JOY, LOVE dan PEACE yang dari Bath & Body Works.
Senang saja kalau ingin mencuba bauan ini. Pilih kotak dispenser mana yang anda suka, letakkan tangan anda di tempat yang disediakan. Semburan akan dilepaskan dan jangan lepaskan peluang untuk bau.
Antara bau yang ada seperti Cotton Candy, Champagne, Winter Peach atau Marshmallow
BOOTH PERMAINAN
Penat membeli-belah, anda boleh cuba bermain di booth permainan yang disediakan di ruang tengah pusat beli-belah ini.
Mana tahu anda berpeluang membawa hadiah-hadiah menarik berupa patung Santa Claus, patung Snowman atau juga beruang-beruang beraneka saiz dan warna.
PROMOSI DISKAUN
Fahrenheit88 menawarkan pelbagai promosi dan diskaun sepanjang tempoh sambutan Krismas. Antaranya potongan harga sehingga 50% untuk rekaan cermin mata di Beseen.
Juga potongan harga sehingga 10% di BookXcess. Dapatkan pokok kedua anda di Kokedama pada harga RM50 sahaja jika anda membeli pokok pada harga asal di Mossybola Kokedama.
PAMERAN INYALA LATEST IMMERSIVE ART
Jika anda sukakan lampu berwarna-warni, boleh kunjungi Pameran iNyala Latest Immersive Art yang mempamerkan 17 karya seni yang dipasang mengguna kiub LED dengan sentuhan moden terkini.
Manakala bermula 1 Disember nanti, satu pameran Seni Hibrid yang terbesar di Malaysia iaitu Art is Fair KL akan diadakan kembali di Fahrenheit88 khas bagi peminat-peminat seni.
Menawarkan perkhidmatan PERCUMA membalut hadiah di Kaunter Concierge dan anda juga boleh menebus pelbagai barangan Artful Christmas.
Dengan pembelian sebanyak RM100, pelanggan boleh menebus baucarBrands Outlet bernilai RM10.
Facebook | Instagram |Fahrenheit88 Customer Service at 03-2148 5488