CINTA LATTE DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF, BEST!

CINTA LATTE DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk menyambut perayaan Krismas pastinya The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Tampil dengan pelbagai menu dan juadah untuk musim cuti yang dinantikan bakal disambut bersama-sama yang tersayang.

CINTA LATTE

“Kebanyakan kita meluangkan sebahagian besar daripada masa dan juga tahun kita bagi tanggungjawab harian.

Dengan menjelangnya musim cuti hujung tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin mengajak anda semua untuk berehat sejenak sambil meraikan bibit kebersamaan dengan insan yang disayangi.

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

Biar melalui juadah musim cuti kami yang anda biasa nikmati, atau aneka minuman kami yang baharu.

Kami berharap seperti kafe kami yang dapat mengukir senyuman pada wajah anda, tahun 2023 juga dapat melakukan yang sama!”

-kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

WINTER BERRY DAN STARRY NIGHT

Ini merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri, amati musim sejuk dengan deria rasa anda.

WINTER BERRY

Kek ini diperbuat daripada coklat putih dan ‘fudge’ yang menyelubungi jeli strawberi dan kranberi, disempurnakan dengan butir-butir gumi yang kenyal.

Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.8 kg) dan potongan (RM15.90/potong), serta saiz kecil (RM65.00/0.6 kg)

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

STARRY NIGHT

Starry Starry Nights persembahkan coklat dan raspberi untuk mewarnai detik romantik anda. Disediakan dalam bentuk sebiji tart (RM159.00/1.4 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

SANTAPAN LAIN

WARM WINTER LOG

Sebuah kek yang meriah dengan ramuan kacang berangan dimana rasanya sedap dan lazat. Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/0.7 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

HAPPY HOLIDAY LOG

Waktu untuk hidangan kek “balak” kami yang ikonik telah tiba. Ia berintikan coklat mousse dan coklat ganace untuk menjadikan sesi keramaian anda lebih menarik.

Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.0 kg) dan potongan (RM15.90/potong).

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

SNOWY HOLIDAY

Singkap musim salju dengan rumah biskut halia kami yang dikraf menggunakan tangan. Biarkan setiap suapan membawa anda ke satu perjalanan yang enak.

Setiap satu berharga RM230.00 (2.0 kg).

HIDANGAN LAIN ADA?

Ini antara hidangan bersama sajian lengkap yang boleh dibawa bersama untuk dinikmati di mana-mana!

JINGLE BERRY SWIRL

Manjakan diri anda dengan juadah Jingle Berry Swirl! Ramuan kranberi dan badam, hidangan ini akan menyuntik keceriaan pada hari anda! RM9.50 setiap satu

PANETTONE FROST

Persembahkan roti tradisional Itali sempena detik yang istimewa ini. Berintikan kismis, kranberi, dan kulit oren. RM7.50 setiap satu

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

UNTUK SI KECIL

Juadah untuk si cilik dan mereka yang berjiwa muda! Pastinya ini yang ditunggu.

LIL’ MR SNOW

Hadiahkan Lil’ Mr Snow kepada insan kesayangan anda untuk mengukir senyuman pada wajah mereka! RM9.90 setiap satu

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

JOLLY BREADMAN

Biskut halia Jolly Breadman hadir dengan butang bajunya yang diperbuat daripada bebola manisan. Manakala coklat gelap dan putih untuk senyumannya!/ RM8.50 setiap satu

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

JANGAN LUPA HIDANGAN NOSTALGIA

GRANDPA’S CHICKEN SANDWICH

Santapan ini menampilkan ayam salai, timun, tomato, dan limpahan sos kranberi dalam sekeping ban. RM22.00 setiap satu

GRANDMA’S SMOKED DUCK SALAD

Hidangan dada itik salai beralaskan salad mesklun. Disempurnakan dengan sos mustard madu kami yang popular, dan secubit jeli kranberi. RM28.00 saja

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

MINUMAN SEMPENA PERAYAAN KRISMAS

Bagi musim ini berasaskan ramuan coklat dan pudina, yang mendatangkan kemesraan dan “kebersamaan dalam setiap cawan”.

Malah, biar sesiapa pun anda, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit citarasa anda!

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

CINTA LATTE

Bagi penggemar latte pula, setiap cawan disajikan dengan kasih sayang, “a latte love” ataupun ‘cinta latte‘. Pilihan yang disediakan meliputi:

Macadamia White Chocolate Latte [panas/ais] [kecil RM 17.90, biasa RM 18.90]

Double Chocolate Peppermint Latte [panas/ais] [kecil RM 17.90, biasa RM 18.90]

Gibraltar Peppermint Latte [panas/ais] [biasa RM 15.80]

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

ICE BLENDED® ADA?

Sajian minuman pencuci mulut The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia yang terdiri daripada:

Macadamia White Chocolate Ice Blended® [kecil RM 18.90, biasa RM 19.90]

Double Chocolate Peppermint Ice Blended® [kecil RM 18.90, biasa RM 19.90]

Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® [kecil RM 18.90, biasa RM 19.90]

Cinta Latte The Coffee Bean & Tea Leaf xmas

Sajian kopi Holiday Blend juga kini kembali (kecil RM 9.50, biasa RM 10.50) dan akan dihidangkan secara percuma bersama All-Day Breakfast Set!

Website| Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge