Kempen Nutrisoy Breakfast Love – Amalkan Sarapan Pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen Nutrisoy Breakfast Love – Amalkan Sarapan Pagi | Nasi lemak, kuih karipap, roti bakar mahupun telur hancur adalah antara menu breakfast atau sarapan pagi.  Menu yang biasa KP nikmati bersama anak-anak.

Sarapan pagi wajib kerana ia memberikan individu tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. Tidak kira usia dan juga faktor umur.

Kempen Nutrisoy Breakfast Love

Sarapan pagi bersama Nutrisoy memang ringkas dan berkhasiat semestinya.

Dengan kempen “Nutrisoy Breakfast Love”, F&N Seasons Nutrisoy membantu para ibu menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat kepada ahli keluarga.  Dengan penuh kasih sayang  dengan mengamalkan minuman soya di pagi hari.

Pengambilan sarapan pagi berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengambilnya makanan sahaja . Ada juga yang mengambil minuman sahaja. Terpulang dan bergantung pada individu masing-masing.

KP biasanya akan mengambil sarapan pagi bersama susu soya. Antara pilihan keluarga KP ialah Nutrisoy dari Seasons. #NutriSoyMY #BreakfastLove

Kempen Nutrisoy Breakfast Love

 

Kebaikan Nutrisoy

Kebaikan mengamalkan minuman Nutrisoy ialah ianya susu rendah lemak. Ia juga merupakan salah satu sumber protein yang senang di dapati. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol.

F&N Seasons Nutrisoy memberikan nutrisi tanpa sebarang laktosa. Yang bagus untuk kanak kanak ialah tiada pewarna tiruan, perasa tiruan. Ini kerana semuanya susu soya asli. Kempen Nutrisoy Breakfast Love

Demonstrasi masakan bersama “Nutrisoy”

Bertempat di The Cooking House, KP sertai untuk “Demonstrasi masakan bersama “Nutrisoy Breakfast Love”, F&N Seasons Nutrisoy. Banyak yang di pelajari tentang fakta Nutrisoy seperti yang KP terangkan awal tadi.

Bukan ini sahaja, KP dapat mempelajari menu baru jua masakan sarapan pagi yang ringkas. Berkhasiat buat keluarga terutama anak-anak KP.

Antara menu atau masakan yang paling menambat hati KP ialah

Omelet Cendawan dengan Tomato Panggang

 

Kempen Nutrisoy Breakfast Love

Cendawan

150g cendawan, dicincang atau di hiris
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Sedikit pasli kering(secukup rasa)

Omelet

2 sudu besar mentega
4 biji telur di pukul ringan
Sedikit garam dan lada hitam dikisar(secukup rasa)

Tomato

4 Tomato di potong separuh
1 sudu besar minyak
sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)

Bahan-bahan dan cara memasak

image

Selain itu juga masakan ini memang menambat hati KP. Sebelum ini KP tak berapa pandai nak masak lempeng a.k.a pancake.

Tetapi sewaktu demonstrasi masakan bersama Nutrisoy, KP dapat mempelajari teknik, cara memasak yang betul.

Pasti ianya akan menjadi menu utama KP bersama anak-anak untuk sarapan pagi.

Penkek F&N Seasons Nutrisoy buatan sendiri bersama pisang dan buah badam.

Kempen Nutrisoy Breakfast Love
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk penaik & garam
1 cawan minyak biji anggur
2 cawan F&N Seasons Nutrisoy
2 sudu kecil esen vanilla
3 pisang dihiris
½ cawan kepingan buah badam (dibakar)
Sirap maple

Cara membuatnya:image

Dengan memasak bersama F&N Seasons Nutrisoy, memberi peluang untuk para ibu menghasilkan sarapan pagi yang ringkas.Dengan penuh kasih sayang dan tidak perlu kelam kabut kerana terkejarkan masa.

Selepas siap, cantik dihidangkan bersama F&N Seasons Nutrisoy

image

Antara masakan yang KP pelajari, sebelum ini KP menggunakan wholemeal wrap bersama telur hancur tetapi untuk hari ini KP pelajari menu baru

Balutan sarapan mil penuh dengan sayur-sayuran dan ayam panggang

Kempen Nutrisoy Breakfast Love
2 keping dada ayam
sedikit garam dan lada (secukup rasa)
½ sudu kecil Lea & Perrins sos
½ paket daun salad campuran
4 keping tortilla mil penuh

Sos Salad mustard madu

2 sudu besar madu
1 sudu besar Dijon mustard, jus lemon
1 cawan Mayonis
2 sudu minyak masak
Sedikit garam dan lada hitam (secukup rasa)

Cara- cara memasak & membuatnya

image

Ayam di perap bersama bahan-bahannya .Lagi sedap jika 1-2 jam sebelum di “grill”.

image

Langkah- langkah untuk menggulung dan meletakkan isi & akhirnya siap.

image

Masakan terakhir, kegemaran semua pada hari ini,

Muffin pisang dan walnut bersama coklat buatan sendiri

250g tepung gandum

1+1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk soda
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
50g gula

50g gula perang

110g telur (2telur)

200g mentega dicairkan
460g pisang dilenyekkan

segenggam walnut(dicincangkan)

200gcoklat (dark coklat dicairkan)

Bahan-bahannya:

image

 

Cara-cara membuatnya: Sedang buat pun dah terasa wanginya kalau dahbakar nanti pasti rasa kelazatannya. Acuannya seolah-olah macam-macambuat cekodok pisang atau jemput-jemput pisang. image

Dan inilah hasilnya dari KP dan team

Kempen Nutrisoy Breakfast LoveSetiap yang bermula pasti akan berakhir, sama juga seperti KP dan team.

Terima kasih tak terhingga buat F&N Seasons Nutrisoy. Memberi KP peluang ke demonstrasi masakan “Nutrisoy Breakfast With Love”. Terima kasih kepada Chef Kenneth.

Kempen Nutrisoy Breakfast LoveKenangan bersama Chef Kenneth, Thanks for all the guidance and information.

Sekarang KP boleh menyediakan sarapan tanpa sakit kepala.

Kalau KP tak ada masa untuk memasak sarapan, KP boleh makan bijiran (cereal) bersama dengan Nutrisoy. Yang boleh di siapkan dalam 1 minit. Senangkan?

Layari untuk dapatkan maklumat tentang kempen ini

Facebook



7 Comments

    • admin

      kena cuba sebab senang. KP sebelum nie KP guna balutan mil letak telur hancur dan balut untuk sarapan. tambah sikit mayonis

    • admin

      Cubalah… Gerenti puas hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge