PAN MEE – DRAMA VERTIKAL ADAM CORRIE-PERTARUNGAN IMAN & RASA

Pelakon terkenal Adam Corrie tampil mempertaruhkan jiwa, pengalaman dan kisah peribadi menerusi sebuah drama vertikal terbaharu berjudul “Pan Mee.

PAN MEE

Pertarungan Iman & Rasa”, bakal ditayangkan secara eksklusif di TikTok dan Facebook rasmi Adam Corrie bermula 19 Februari 2026, jam 10.00 malam.

PAN MEE

DRAMA BERSIRI

Drama bersiri 15 episod ini mengangkat kisah realistik dunia makanan dan minuman (F&B) di Malaysia, dengan fokus kepada isu penerimaan saudara baharu, persepsi masyarakat serta cabaran mempertahankan kejujuran dan integriti dalam dunia perniagaan.

MAKNA TENTANG IMAN, KEHIDUPAN

Pan Mee – Pertarungan Iman & Rasa mengisahkan perjalanan seorang lelaki mualaf bernama Ah Seng, lakonan Adam Corrie, yang memilih untuk membawa diri jauh daripada keluarga demi membina kehidupan baharu.

PAN MEE

Beliau membuka sebuah gerai Pan Mee sebagai punca rezeki, namun terpaksa berdepan pelbagai dugaan termasuk tentangan keluarga, konflik nilai serta cabaran dunia perniagaan makanan.

ANTARA ARTIS TERLIBAT

Watak Ah Seng turut berdepan tekanan emosi daripada bapanya, lakonan Kenji Sawahii, yang masih berpegang pada prinsip lama dan sukar menerima perubahan hidup anaknya. Konflik kekeluargaan ini menjadi antara teras emosi utama drama.

PAN MEE

Drama ini turut diserikan dengan kehadiran Sheila Mambo sebagai Kak Wani, sahabat setia yang sentiasa memberi sokongan, serta Nam Ron sebagai Pak Long Rahman, figura berpengaruh yang banyak mencabar dan membentuk perjalanan hidup watak utama.

PAN MEE

Turut memeriahkan naskhah ini ialah Jesse Lim sebagai Jason, pencetus konflik dalam dunia perniagaan, dan Izuan Razali sebagai Chef Farid, yang membawa elemen persaingan serta profesionalisme dalam dunia kulinari.

HALAL COOKDOWN & REALITI DUNIA F&B

Antara elemen utama drama ini ialah babak pertandingan masakan “Halal Cookdown”, yang menjadi simbol kepada persaingan sihat dalam dunia kulinari serta kepentingan pematuhan halal dan etika penyediaan makanan. Babak ini menjadi titik penting kepada perkembangan konflik serta mesej utama drama.

PAN MEE

PRODUKSI DIGITAL BERTARAF TELEVISYEN

Pan Mee – Pertarungan Iman & Rasa merupakan projek arahan pertama Adam Corrie, dengan kerjasama pengarah bersama Ollyn Khadir. Idea asal dan penerbitan drama ini dicetuskan oleh Puan Fazi Fuad, yang membawa pengalaman sebenar dunia perniagaan dan masyarakat ke dalam penceritaan.

PAN MEE

STANDARD PRODUKSI DRAMA TV

Walaupun diterbitkan khas untuk platform digital, drama ini menggunakan standard produksi setaraf drama televisyen, termasuk penggunaan peralatan profesional, tenaga produksi berpengalaman, elemen CGI serta sentuhan jurutera bunyi bagi memastikan mutu visual dan audio berada pada tahap terbaik.

PAN MEE

PELANCARAN KOPIHUT

Majlis pelancaran drama ini turut diserikan dengan pengenalan produk terbaharu KopiHut – Kopi 3 Dalam 1, yang kini boleh didapati di seluruh cawangan KopiHut di Malaysia. Produk ini diperkenalkan sebagai minuman berkualiti tinggi yang menepati citarasa pengguna, selari dengan nilai kejujuran dan kualiti yang menjadi teras jenama KopiHut

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *