OMODA | JAECOO Kini Dalam ‘Top 5’ Jenama Automotif Malaysia, Tempahan JAECOO J5 EV Rasmi Dibuka
OMODA | JAECOO MALAYSIA
Dalam tempoh hanya dua tahun berada di pasaran Malaysia, OMODA | JAECOO Malaysia terus mencipta kejayaan apabila kini muncul sebagai jenama automotif kelima terlaris di negara ini bagi tahun 2026, sekali gus membuktikan penerimaan luar biasa pengguna terhadap rangkaian SUV premium dan pintar yang ditawarkan.
Lebih manis, pencapaian itu diraikan bersama satu lagi pengumuman penting apabila tempahan bagi JAECOO J5 EV serba baharu kini dibuka secara rasmi, dengan anggaran harga bermula RM125,000.

LEBIH 32,000 RAKYAT MALAYSIA KINI MEMILIH OMODA | JAECOO
Sempena ulang tahun kedua jenama itu di Malaysia, OMODA | JAECOO menghimpunkan pelanggan, rakan pengedar, media serta rakan strategik menerusi sambutan bertemakan “Beyond 30,000, Celebrating Every Journey | One Million Forward”.
Majlis berkenaan meraikan kejayaan lebih 32,000 penghantaran kenderaan di seluruh negara, termasuk penyerahan simbolik 20 unit JAECOO J5 kepada pemilik baharu.
Menurut Chris Tan, Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, pencapaian ini bukan sekadar angka jualan, sebaliknya mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh ribuan pelanggan terhadap jenama tersebut.
“Kejayaan ini milik semua pelanggan, rakan pengedar dan pasukan kami. Kami kini bersedia melangkah ke fasa baharu dengan lebih banyak teknologi, model elektrik serta pengalaman pemilikan yang lebih baik.”
JAECOO J5
JADI ANTARA SUV PALING HANGAT TAHUN INI
Sejak dilancarkan pada Mac 2026, JAECOO J5 berjaya mencatat lebih 2,500 penghantaran hanya dalam tempoh empat bulan, menjadikannya antara model paling laris dalam portfolio OMODA | JAECOO Malaysia.
Gabungan reka bentuk premium, teknologi pintar, ruang kabin moden dan keselesaan pemanduan menjadikan SUV ini semakin mendapat tempat dalam kalangan keluarga muda serta pengguna yang mahukan gaya hidup aktif tanpa mengorbankan keselesaan.

JAECOO J5 EV
DIBUKA UNTUK TEMPAHAN, ERA ELEKTRIK BERMULA
Momentum itu diteruskan dengan pembukaan tempahan JAECOO J5 EV, model elektrik (EV) pertama daripada OMODA | JAECOO Malaysia. Dengan harga anggaran bermula RM125,000, model ini dijangka menjadi antara pilihan baharu dalam segmen SUV elektrik yang semakin berkembang di Malaysia.
JAECOO J5 EV turut melengkapkan barisan kenderaan New Energy Vehicle (NEV) syarikat yang kini merangkumi model ICE, Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dan EV sepenuhnya, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna mengikut gaya hidup masing-masing.
JUALAN EV MELONJAK HAMPIR 9 KALI GANDA
Komitmen OMODA | JAECOO terhadap mobiliti hijau turut diterjemahkan menerusi peningkatan jualan NEV yang amat memberangsangkan.
Bagi separuh pertama 2026, syarikat merekodkan 2,300 unit penghantaran NEV, meningkat daripada hanya 244 unit dalam tempoh sama tahun lalu, bersamaan lonjakan 843%. Secara keseluruhan, OMODA | JAECOO telah menghantar lebih 8,100 kenderaan sepanjang tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama automotif kelima terlaris di Malaysia.

MASA DEPAN MOBILITI SEMAKIN MENARIK BUAT OMODA | JAECOO MALAYSIA
Dengan strategi elektrifikasi yang semakin agresif serta portfolio produk yang berkembang pesat, OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam landskap automotif negara.
Bagi pengguna yang sedang mempertimbangkan SUV moden dengan gabungan teknologi pintar, reka bentuk premium dan pilihan rangkaian kuasa yang pelbagai, kemunculan JAECOO J5 EV dijangka menjadi antara model yang paling dinantikan pada tahun ini.
