On The Table TTDI Menyajikan Buffet Ramadhan Menu Selera Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

On The Table TTDI Menyajikan Buffet Ramadhan Menu Selera Kampung | Bulan Ramadhan bakal tiba kurang dari sebulan dari sekarang. Pastinya masing-masing sedang mencari-cari lokasi atau juadah berbuka puasa bersama rakan-rakan, ahli keluarga mahupun mereka yang tersayang. Untuk KP di bulan Ramadhan biarlah bersahaja dalam memilih tempat untuk berbuka puasa memandangkan seharian berpuasa. Antara pilihan atau lokasi yang menjadi pilihan untuk kali ini ialay restoran On The Table TTDI.

Sedikit info On The Table TTDI
Ianya di buka pada 14 Februari 2018. Terletak di dalam Plaza TTDI dan landmark paling ketara ialah pasaraya HERO berdekatan dengan butik Neelofa di TTDI Jalan Wan Kadir . Tertumpu pada katering sebelum ini dan kali ini mengambil langkah untuk memberi peluang pada para pelanggan yang lain merasa air tangan dalam menu masakannya. Di buka setiap Isnin – Jumaat dari jam 11pagi hingga petang . Bukan setakat hidangan goreng- gorengan atau hidangan panas tetapi juga hidangan buffet.

Kalau lihat pada dekorasi didalam restoran ini memang ceria,luas dan paling best siap ada spot yang menarik untuk OOTD atau berposing untuk merakam kenangan disini. On The Table TTDI bukan setakat restoran biasa dimana anda yang selalu buat event atau mencari lokasi untuk menyambut apa apa majlis keraian bolehlah dibuat di sini. Ruang untuk acara keraian luas dimana boleh memuatkan dalam 35-45 orang pada satu masa. Pakej pula jangan risau berikan budget kepada mereka pastinya dapat diuruskan insyallah.

Ramadhan Buffet di On The Table TTDI

RSVP sebelum 14 April 2018 : RM33.90 (perpax) dimana Harga biasa : RM39.90
RSVP diantara 16 April hingga 5 Mei 2018 : RM35.90 (perpax) dimana Harga biasa : RM39.90
RSVP diantara 6 Mei hingga 10 Mei 2018 : RM37.90 (perpax) dimana Harga biasa : RM39.90
Kanak-kanak: Umur 0-7 tahun : FOC  dan 8-12 tahun : RM25
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM25

Menu On The Table TTDI

Menu yang dihidangkan di sini bagi KP ianya selera kampung . Memang cukup lazat, cukup bahan rempah yang penting siap tambah 2-3 pinggan . Tak pandang belakang dah kalau pak mentua ke mak mentua atau boyfriend datang . hahahahah . jom usha menu yang ada

Sayur Goreng Masak Ala Jawa

Sambal Udang petai

Rendang Ayam

Kari Kambing

Daging masak berlado

Sup ayam

Pada peminat ikan patin tempoyak kat sini pun ada. dengan harga yang di atas pelbagai juadah ada di sini . Hidangan ini ikan fresh dan tempoyak pun tak terlalu kuat baunya. Katanya di bawa khas dari Temerloh Pahang untuk hidangan ini

Untuk anda yang suka pada ulam-ulam, ada juga ye . tengok tu dari ikan masin, telur masin, timun, daun pucuk betik, ulam raja, dan macam-macam lagi .

Kerabu mangga

Kerabu pucuk paku .

Untuk hidangan manis pula ada dihidangkan pelbagai jenis kuih. Setiap hari berlainan hidangan akan disediakan agar dapat memberi pilihan pada anda yang menjamu selera disini. Kuih yang ini menarik perhatian KP kerana kalau tak silap kuih nie diberi nama Kuih Bakar Berlauk . Macam cara berlauk tapi yang ini dibakar dan memang terasa kelainannya.

kuih bakar

agar -agar cendol

agar agar biasa

of course tak lengkap kalau tak de buah-buahan kan

Brownies in the house. Cukup lemak dengan c0klat tak manis sangat just nice bak orang Mat Salleh kata

Mee rebus pun ada.

Yang ini dikatakan antara hidangan yang wajib ada kalau anda pernah menikmati hidangan di On The Table TTDI . Angkat tangan sapa peminat lai chee kang

Minuman sejuk atau panas pilih sahaja mana yang berkenan

Sedap ke tak sedap kenalah datang sendiri untuk mencuba kerana lain orang lain pendapat. Tetapi dengan pelbagai hidangan yang disajikan bersama harga yang dibayar pastinya KP memilih lokasi ini antara lokasi untuk berbuka puasa. Bukan kerana apa , hidangan sedap masakan kampung, kemudahan surau ada , parking pun ada tinggal nak tunggu azan dan nikmati bersama mereka yang tersayang . SO jangan lupa contact

Jay 011-26532128
Taufiq 019-3852148
Alamat : RESTORAN ON THE TABLE ,B1-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur




Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge