Filem yang diolah dengan penuh sensitiviti dan keinsafan, membawa penonton menelusuri perspektif yang mendalam mengenai amalan ini dalam Islam.
Acara ini merupakan salah satu daripada rangka promosi bagi filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2024.
Dua Surga Dalam Cintaku merupakan sebuah filem yang menggabungkan elemen cinta romantis dan religi, diadaptasi daripada novel terlaris di Indonesia dengan judul yang sama.
Acara yang dihadiri oleh pelakon utama filem ini, termasuk Aliff Alli dan Keira Shabira yang diterbangkan dari Jakarta.
Pertama kali ditayangkan di Indonesia pada 21 Mac 2024 lalu, ‘Dua Syurga Dalam Cintaku’ kini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos. edaran oleh syarikat yang baru bertapak iaitu AD Interact International Sdn Bhd dan diedit mengikut kesesuaian penonton di Malaysia mahu pun di Brunei di mana filem ini akan turut ditayangkan di sana.
Ia diibintangi wajah-wajah yang mungkin masih belum dikenali penonton Malaysia iaitu Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara, Irza Mahatir, Yugo Werner, dan Edy Tambudo.
Filem ini diarahkan oleh Kiki Nuriswan dan menampilkan lokasi penggambaran ikonik seperti Mekah, Madinah, dan Taif di Arab Saudi, serta Bogor dan kampus Universiti Islam Negeri (UIN) di Jakarta.
Turut bersama memeriahkan majlis adalah Dato Hajah Rozanna binti Dato’ Hj Rahmat (lima dari kiri)selaku rakan kongsi ADII Film; pelakon Indonesia, Keira Shabira (tengah) mahu pun penyanyi dan pelakon Ezlynn (empat dari kanan) yang bersama sebagai tetamu jemputan.
Malah majlis diserikan dengan nyanyian lagu OST filem oleh penyanyi dan komposer lagu itu sendiri,El Alice
SINOPSIS
Dua Syurga dalam Cintaku’ berkisarkan tentang Arham, seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti di Jakarta, yang terperangkap dalam situasi cinta yang rumit dengan dua wanita.
Arham mempunyai seorang sahabat sejak kecil bernama Husna di kampung halamannya di Bogor. Mereka saling mencintai dalam diam dan akhirnya, setelah dewasa, mereka mengakui perasaan mereka dan membuat keputusan untuk berkahwin.
Namun, kehidupan mereka berubah apabila Husna disahkan menghidap kanser otak, dan doktor meramalkan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa yang tinggal.
Arham, dengan penuh kasih sayang, berjanji untuk menemani Husna sehingga ke akhir hayatnya tetapi Husna mempunyai pandangan yang berbeza. Dia meminta Arham untuk menamatkan pelajarannya terlebih dahulu, walaupun Arham berat hati untuk meninggalkannya.
Dengan sokongan daripada keluarga Husna, Arham akhirnya bersetuju untuk kembali ke Jakarta dan menyelesaikan pengajiannya.
Di tengah-tengah kesibukan menamatkan pelajaran, Arham secara tidak sengaja bertemu dengan seorang wanita muda bernama Zilka, yang sedang melarikan diri daripada beberapa orang yang mengejarnya