Dododots koleksi Powerpuff Girls kini dah dilancarkan so apa lagi, jom kite!
DODODOTS KOLEKSI POWERPUFF GIRLS
Jika anda kenal dengan Buttercup, Bubbles & Blossom, pastinya anda adalah ‘fans’ Powerpuff Girls. Mana taknya ini antara kartun yang popular disamping kecomelan mereka
DODODOTS PIMPLE PATCH
Kalau korang peminat The Powerpuff Girls dan juga tengah cari cara comel untuk jaga kulit, berita ni pasti buat korang teruja! Dododots, jenama “pimple patch” dari Malaysia, telah melancarkan koleksi edisi terhad bertemakan Powerpuff Girls pada hujung Mac 2025.
KOLEKSI POWERPUFF GIRLS
Dododots koleksi Powerpuff Girls ini dijual dalam bentuk “blind pack” – maksudnya, korang tak tahu design mana yang korang dapat sampai korang buka pek tu. Menarik kan? Setiap design diinspirasikan daripada watak-watak ikonik Powerpuff Girls: Blossom, Bubbles dan Buttercup.
Berikut adalah pilihan design yang tersedia:
❤️ AWESOM BLOSSOM
Warna merah menyala dengan sentuhan merah jambu, khas untuk si pemimpin berani.
💙 NO TROUBLE BUBBLES
Warna pastel biru dan kuning yang ceria, sesuai dengan si manis yang periang.
💚 WHAT”S UP, BUTTERCUP?
Gabungan hitam dan hijau limau yang garang, ideal untuk tutup jerawat dengan penuh keyakinan.
🌈 SUGAR, SPICE AND EVERYTHING NICE
Pek kejutan khas yang pasti buat anda teringat zaman kanak-kanak!ang terjadi
DAPATKAN SEGERA!
Patch edisi Powerpuff Girls ni sudah mula dijual pada 25 Mac 2025 melalui laman web Dododots, platform e-dagang, dan di semua 600 cawangan Guardian di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Setiap pek dijual pada harga RM18 atau SGD$9 – selagi stok masih ada!
Kalau korang suka Powerpuff Girls dan nak rawat jerawat dengan cara yang lebih fun, koleksi ni memang wajib cuba!
Sedikit info tentang Dododots
ia adalah jenama tempatan yang diasaskan semasa pandemik oleh dua rakan yang pernah berdepan masalah jerawat. Dengan ilmu dalam bioteknologi dan mikrobiologi, mereka hasilkan patch jerawat yang bukan je berfungsi, tapi juga penuh gaya dan warna-warni! Patch ini diperbuat daripada 100% bahan hydrocolloid dan diiktiraf FDA, ISO serta CE.
Selain online store, Dododots juga ada mesin layan diri di lokasi popular seperti Sunway Pyramid, MyTOWN KL, Paradigm Mall JB, dan Plaza Singapura. Mereka juga bekerjasama dengan Guardian dan Miniso untuk memudahkan peminat Dododots untuk mendapatkan koleksi mereka.