Fanatik-fanatik KRU di Singapura are you ready? GENKRU LIVE IN SINGAPURA bakal lakar fenomena 26 Jun 2025 ini!
GENKRU LIVE IN SINGAPURA
Siapa peminat KRU pasti tahu yang kehadiran KRU dimana-mana konsert bakal menghasilkan gelombang fenomena ! Walau ditubuhkan pada 1992 sebelum mengumumkan pembubaran di tahun 2018, tidak ada peminat muzik yang telah membesar bersama karya mereka yang akan menafikan bahawa KRU adalah legenda dan khazanah muzik tanah air yang sangat bernilai.
KONSERT GENKRU MALAYSIA
Maka pada saat mereka bersatu semula sekaligus mengumumkan Konsert GenKRU yang dijadual berlangsung selama sehari pada bulan Mei di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur telah mencetuskan sensasi luar biasa.
TIKET SOLD OUT KONSERT GENKRU MALAYSIA
Semua kategori tiket sold out dalam tempoh singkat mendorong penganjur, ICON Entertaiment menambah hari konsert. Bukan sehari tetapi dua hari menjadikan total Konsert Gen KRU di Axiata Arena Bukit Jalil tiga hari sekaligus mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama di Malaysia melakukan konsert selama tiga hari!
KINI DI KOTA SINGA PULA
Dan sejarah yang telah dicetak tidak mahu berhenti sekadar di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur. KRU mahu terus mencetak sejarah dengan kembali membuat konsert di Singapura selepas bertahun lamanya tidak menyapa peminat di Kota Singa itu.
Dengan bangganya, ICON Entertainment tiga personal KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim akan menghangatkan kota Singapura dengan konsert sulung GenKRU Live In Singapore.
BATTLE TIKET TAU!
Ya orang Singapura sila bersiap-siap untuk battle atau ‘perang tiket’ kerana ia akan dijual secara berperingkat sebaik GenKRU Live In Singapore diumumkan.
GenKRU Live In Singapore dijadual akan membuat orang Singapura histeria pada 28 JUN 2025 di The Star Theatre.
BUKAN CAKAP KOSONG TAPI JADI KENYATAAN
“Tentu sahaja kami bangga dan teruja kerana daripada cakap-cakap kosong dan impian membawa GenKRU ke Singapura terlaksana. Pada saat yang sama kumpulan legenda ini mempersiap dan memberi fokus kepada Konsert GenKRU di Axiata Arena.
“Tanpa banyak pertimbangan KRU sekali lagi menerima lamaran ICON Entertainment apabila kami beritahu GenKRU akan bikin heboh Singapura pula.
“Hal ini kerana kami percaya peminat di Singapura juga perlu disantuni dan diberi eksklusif di negara mereka sendiri dengan momen terbaik menerusi GenKRU Live In Singapore pada 26 JUN ini,”
-ujar pengasas dan pemilik ICON Entertainment, Iman Tang.
KEMBALI UNTUK FANS SINGAPURA
Bagi KRU sendiri, mereka tidak menyangka keputusan untuk kembali melakukan konsert telah membuatkan KRU menjadi ‘Terhangat Di Pasaran’.
“KRU harus katakan setuju untuk GenKRU Live In Singapore sebagai tanda aprisiasi terhadap peminat kami di sini yang memberi sokongan sejak dahulu sehingga kini.
“Sampai bertemu Singapura. Kalau nak lagi gerek, jangan lupa ikut dress code yang akan diberitahu dan hafal semua lagu KRU,” ujar Edry.
Buat fanatik-fanatik di Kota Singa, ikuti rapat informasi demi informasi yang akan dikongsikan lagi selepas ini. Tiket GENKRU LIVE IN SINGAPURA akan dibuka secara berfasa untuk pembelian.
HARGA TIKET
Dengan ini Konsert genKRU Live In Singapore bakal diadakan di The Star Theatre, Singapura pada 28 June 2025 jam 8 malam.
The Way We Jam: SGD $ 208
Mengerti: SGD $218
Awas: SGD $228
Ohh! La! La!: SGD $288
Fanatik: SGD $328