Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan Lebih 5,000 Lokasi Rakan Niaga di Seluruh Negara dan Dirai dengan Parti Eksklusif Pertama untuk Ahli Watsons Malaysia
WATSONS MALAYSIA
Pada bulan April ini, Watsons Malaysia dengan bangganya meraikan detik penting dalam sejarah bagi pelanggan setia bersempena dengan ulang tahun ke-15 Watsons Club, program kesetiaan terbesar dan paling berbaloi di negara ini.
GANJARAN TERBESAR DI MALAYSIA
Bersempena sambutan ini, Watsons melancarkan kempen “Ganjaran Terbesar di Malaysia”, yang menawarkan lebih banyak faedah dan ganjaran kepada 8 juta ahlinya.
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Dalam satu pencapaian bersejarah, Malaysia Book of Records secara rasmi mengiktiraf Watsons Malaysia sebagai pemegang rekod bagi “Most Merchant Touchpoint in a Membership Rewards Programme.” Pengiktirafan ini menampilkan komitmen Watsons terhadap inovasi, nilai, dan hubungan bermakna dengan pengguna di seluruh negara.
KOMITED UNTUK PELANGGAN KAMI
“Sebagai peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1, Watsons sentiasa berusaha untuk berhubung dengan ahli kami di seluruh negara. Kami komited untuk menerajui dan memperkukuh program kesetiaan negara dengan menawarkan ganjaran dan faedah yang dipertingkatkan.
Pertumbuhan berterusan ahli kami mencerminkan kepercayaan dan penglibatan yang telah kami bina bersama rakyat Malaysia. Kami juga komited untuk terus berinovasi dalam ekosistem ganjaran kami, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan memberikan lebih nilai kepada setiap ahli. Bersama-sama, kita meraikan dan mencipta sejarah,”
-kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia & COO Kesihatan & Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson.
WATSONS CLUB MEMBERS PARTY NIGHT
Bagi menandakan detik bersejarah ini, Watsons telah menganjurkan “Watsons Club Members Party Night” yang pertama, sebuah acara meriah yang berlangsung di Sunway Lagoon Night Park. Acara ini menghimpunkan lebih 4,000 ahli Watsons Club untuk satu malam yang penuh dengan muzik, hiburan, hadiah dan penghargaan.
AHLI WATSONS CLUB
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menghargai pelanggan setia, Watsons turut meningkatkan program W Rewards dengan menawarkan ganjaran yang lebih bernilai.
Ahli Watsons Club kini boleh menikmati akses ke lebih 5,000 touchpoint rakan niaga di seluruh negara dan menebus lebih 100 baucar eksklusif rakan kongsi bermula serendah 10 mata menerusi aplikasi Watsons.
GANJARAN LAIN
Antara ganjaran menarik termasuk tawaran hebat daripada jenama popular seperti Sunway Lagoon Malaysia, Zus Coffee, Bananabro, Grab Food, Village Grocer, LBS, dan banyak lagi — menjadikan faedah kesetiaan lebih mudah diakses, pelbagai dan berbaloi
APLIKASI APP-RYTHING
Watsons mengajak semua ahli untuk merasai pengalaman “App-rything” menerusi Aplikasi Watsons MY, yang bukan sahaja platform membeli-belah dalam talian, malah sebuah hab untuk ganjaran, kesetiaan, dan tawaran eksklusif.
Ahli boleh menikmati tawaran eksklusif aplikasi setiap hari, mengakses program W Rewards, dan menyertai e-Stamp Rewards — di mana setiap pembelian RM40 dan ke atas dalam satu resit, sama ada di stor fizikal atau dalam talian, melayakkan mereka mendapat e-Stamp. Setem digital ini boleh dikumpul dan ditebus untuk produk eksklusif dan pelbagai faedah menarik – semuanya dalam aplikasi.
KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
Watsons Malaysia menjemput seluruh negara untuk menyertai program keahlian Watsons Club yang hadir dengan pelbagai keistimewaan termasuk keahlian seumur hidup. Daftar sebagai ahli Watsons Club dengan hanya RM25 dan dapatkan kad keahlian dengan fungsi NFC Touch ‘n Go serta 1,000 mata sambutan selepas pengaktifan — menjadikan pengalaman membeli-belah, berjimat dan mengumpul ganjaran lebih mudah dari sebelum ini.
Muat turun Aplikasi Watsons MY hari ini untuk membuka akses kepada tawaran eksklusif dan nikmati baucar RM20 untuk pembelian pertama dalam aplikasi dengan menggunakan kod: FIRST20.
SAMBUTAN KHAS BUAT WATSONS CLUB MEMBER
Watsons Club Members Party Night bukan sekadar satu sambutan — ia merupakan refleksi sebenar komitmen Watsons terhadap komuniti. Turut memeriahkan malam yang penuh ikonik ini ialah pasukan pengurusan Watsons, rakan niaga, Duta Watsons Phei Yong dan Rakan Selebriti Watsons yang lain.