Nama Hannah Delisha antara yang mencuri perhatian di pentas Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 apabila beliau tampil menyerikan kemunculan sulung Eternity by Elfi menerusi koleksi barang kemas eksklusif, **Her 4 Facets**.
ETERNITY BY ELFI
Berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, acara ini turut menyaksikan kolaborasi Eternity by Elfi bersama jenama fesyen tempatan, Wan & Mary, bagi memperagakan koleksi sulung yang meraikan keunikan dan keanggunan wanita.
HANNAH DELISHA
Hannah Delisha yang merupakan duta Elfi Jewellery sejak 2025 dipilih untuk menyerlahkan identiti jenama berkenaan. Penampilannya yang anggun dan elegan cukup sepadan dengan konsep rekaan Eternity by Elfi yang mengetengahkan gaya eksklusif serta tidak lapuk dek zaman.

HER 4 FACETS
RAIKAN EMPAT SISI KEUNIKAN WANITA
Menariknya, koleksi Her 4 Facets bukan sekadar mengetengahkan barang kemas sebagai pelengkap gaya, tetapi turut membawa mesej tentang keunikan setiap wanita.
Koleksi sulung ini menampilkan lapan set barang kemas eksklusif yang dibahagikan kepada empat tema utama:
1. **Wedding & Bridal** – Rekaan istimewa untuk perkahwinan dan pengantin.
2. **Anniversary, Dinner & Evening** – Pilihan untuk ulang tahun, makan malam dan majlis malam.
3. **Formal & Executive** – Melengkapkan penampilan formal serta profesional.
4. **Celebration & Festive** – Sesuai untuk sambutan dan musim perayaan.
Setiap tema menampilkan gaya tersendiri bagi memenuhi pelbagai acara dan detik bermakna dalam kehidupan wanita.
BARANG KEMAS BOLEH DIREKA IKUT CITA RASA SENDIRI
Satu lagi perkara menarik mengenai Eternity by Elfi ialah konsep tempahan khas yang membolehkan pelanggan menghasilkan barang kemas berdasarkan idea dan rekaan pilihan sendiri.
Menurut Pengarah Urusan merangkap Pengasas Elfi Jewellery, Mohd Nazrin Abdul Rahim, penubuhan Eternity by Elfi bertujuan memenuhi keperluan pelanggan yang mahu mengabadikan detik istimewa menerusi rekaan lebih peribadi.
Pelanggan boleh berkongsi gambar, lakaran atau idea untuk diterjemahkan menjadi rekaan barang kemas yang dihasilkan khas buat mereka.
Beliau turut menjelaskan bahawa Her 4 Facets diinspirasikan daripada keunikan setiap wanita yang mempunyai keanggunan, pesona, keyakinan dan ekspresi diri tersendiri.
PELBAGAI PILIHAN
EMAS, PLATINUM DAN BATU PERMATA BUATAN MAKMAL
Selain rekaan yang boleh diperibadikan, Eternity by Elfi turut menawarkan pilihan bahan dan batu permata mengikut cita rasa pelanggan.
Antara pilihan yang tersedia termasuk emas 10K hingga 22K atau platinum, dengan pilihan berlian buatan makmal, moissanite dan batu permata buatan makmal.
Menariknya, penggunaan batu permata buatan makmal atau *lab-grown gemstones* turut menjadi sebahagian daripada usaha jenama ini ke arah amalan perniagaan yang lebih bertanggungjawab.
Bagi yang berminat mendapatkan rekaan tempahan khas, harga bermula daripada **RM3,000**, bergantung pada pilihan bahan dan reka bentuk.
ELFI JEWELLERY TERUS KEMBANGKAN JENAMA TEMPATAN
Untuk rekod, Elfi Jewellery ditubuhkan pada 2014 di bawah Elfi Jewellery (M) Sdn Bhd.
Jenama tempatan ini kini mempunyai beberapa cawangan di pusat beli-belah utama termasuk Toppen Johor Bahru, IOI Mall Damansara, Central i-City dan Pavilion Bukit Jalil.
Kemunculan Eternity by Elfi di FMA 2026 membuka satu lagi pilihan buat mereka yang mencari barang kemas eksklusif dengan sentuhan lebih peribadi.
Bagi korang yang sukakan rekaan istimewa dan mahu memiliki barang kemas yang mencerminkan personaliti sendiri, konsep tempahan khas seperti ini pastinya menarik untuk diterokai.

