Siapa saja yang tidak kenal dengan bintang K-Pop yang sensasi in?

CHA EUN-WOO

Jenama kasut dan gaya hidup global membuka kedai jenama pertamanya di Malaysia dengan menampilkan bintang K-pop Korea Selatan, Cha Eun-Woo.

Beliau tiba di Kuala Lumpur untuk melancarkan stor ke-99 di The Exchange TRX, Kuala Lumpur yang juga merupakan Duta Skechers terbaru. Antara selebriti Korea Selatan yang paling popular di seluruh dunia.

CAWANGAN TRX

Pembukaan rasmi kedai pengalaman jenama pertama Skechers itu juga adalah stor yang ke-99 di Malaysia.

CHA EUN-WOO RASMI CAWANGAN SKECHERS DI THE EXCHANGE TRX

Capaian ini bukan sahaja satu langkah ke hadapan bagi Skechers di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.

Kedai pengalaman jenama ini memecah rekod memperkenalkan satu zon larian revolusioner yang diperkenalkan untuk pertama kalinya di lokasi Skechers di Malaysia.

SKECHERS

Sambutan gilang gemilang di lokasi Skechers ini memberi peluang untuk meneroka cawangan yang baru dibuka. Disamping itu mencuba koleksi kasut dan pakaian terkini dan inovatif jenama tersebut.

“Beliau tiba di Kuala Lumpur secara eksklusif untuk melancarkan dan menyaksikan sendiri stor terbaharu ini bagi meneroka dan mengeksplorasi di seluruh bahagian stor.

CHA EUN-WOO RASMI CAWANGAN SKECHERS DI THE EXCHANGE TRX

“Lebih menarik, stor ini turut mempunyai bahagian Skechers DIY serta zon larian penuh revolusi untuk pengunjung,”

-Pengarah Urusan, Skechers Asia Tenggara Zann Lee.

KOMITMEN

Jelasnya, ia bukti komitmen Skechers yang mementingkan keselesaan serta gaya. Sekaligus kehadiran duta terhormat Cha Eun-woo menguatkan lagi kepentingan momen yang bersejarah berkenaan.

LAWATAN PERIBADI

Selepas upacara memotong reben, Cha Eun-woo mengambil bahagian dalam lawatan kedai bersama pasukan Pengurusan Skechers.

Semasa sesi informatif ini, beliau dibawa melihat pelbagai bahagian kedai, termasuk sudut Skechers DIY.

CHA EUN-WOO RASMI CAWANGAN SKECHERS DI THE EXCHANGE TRX

Lawatan peribadi ini memberikan pandangan langsung kepada pelbagai tawaran dan ciri-ciri inovatif dalam kedaI.

Memperkuatkan komitmen untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dan unik bagi peminat Skechers.

GAYA HIDUP TERKINI

Cha Eun-woo berkata, Skechers bukan sahaja satu jenama baginya, tetapi gaya hidup, dengan menyelaraskan keselesaan dan gaya secara lancar.

Beliau yang menggayakan koleksi pakaian gaya hidup terkini Skechers dan kasut fesyen Skechers Tres – Air UNO menjelaskan bahawa keselesaan adalah sangat penting baginya.

“Secara peribadi, saya lebih suka gaya yang kemas dan selesa, jadi saya sering memilih Skechers untuk gaya saya,” katanya.

DISAMBUT MERIAH PEMINAT

Malam kemuncak acara itu adalah sesi bertemu dengan Cha Eun-woo, di Central Exchange yang menggamit ratusan peminat. Menyaksikan idola mereka dengan lebih dekat, disusuli pertunjukan fesyen.

CHA EUN-WOO RASMI CAWANGAN SKECHERS DI THE EXCHANGE TRX

INOVASI KESELESAAN

Dari gaya fesyen hingga produk gaya hidup dan kasut prestasi untuk peminat sukan, tawaran Skechers diperkukuh dengan inovasi keselesaan tersendiri.

Termasuk Teknologi Skechers Hands Free Slip-ins®, Teknologi Skec hers Arch Fit®, Teknologi Skechers Max Cushioning®, Teknologi Skechers Hyper Burst Pro™

CHA EUN-WOO RASMI CAWANGAN SKECHERS DI THE EXCHANGE TRX

Ada juga Skechers Air-Cooled® Memory Foam, Teknologi Skechers Relaxed Fit®, dan Teknologi Skechers Performance FitKnit®.

Kedai Skechers baru di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, adalah bukti kepada komitmen jenama untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya kepada pelanggan.

Website| Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge