Posted in

PENAJA PLATINUM – DAIKIN DAN SELANGOR FC RAI TAHUN KETIGA KERJASAMA, AMAZING!

DAIKIN X SELANGOR FC

Daikin Malaysia dan Selangor FC Perbaharui Kerjasama Strategik sebagai penaja Platinum untuk Tahun Ketiga Berturut-turut, Perkukuh Komitmen terhadap Bola Sepak, Komuniti dan Kelestarian

PENAJA PLATINUM

Daikin Malaysia hari ini meraikan tahun ketiga berturut-turut kerjasama strategiknya bersama Kelab Bola Sepak Selangor (SFC), dengan memperbaharui komitmennya sebagai Penaja Platinum. Ini berlangsung dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

DAIKIN X SELANGOR FC

PEMBAHARUAN HUBUNGAN ERAT

Majlis ini menekankan nilai bersama seperti perpaduan, semangat berpasukan, inovasi dan kesejahteraan komuniti. Pembaharuan ini mencerminkan hubungan yang semakin erat antara salah satu jenama penyaman udara terkemuka dunia dan salah satu kelab bola sepak paling berprestij di Malaysia.

Yang sebelum ini dibina atas visi bersama untuk memperkasa komuniti melalui bola sepak sambil memacu inovasi dan kelestarian.

BUKAN SEKADAR PENAJA

“Daikin bukan sekadar penaja korporat, tetapi rakan sejati dalam matlamat – rakan yang memilih untuk melabur dalam impian, membimbing bakat dan memperkasa komuniti melalui bola sepak.”

-dalam ucapan baginda, DYTM Tengku Amir Shah merakamkan penghargaan yang mendalam terhadap kepercayaan dan komitmen berterusan Daikin.

DAIKIN X SELANGOR FC

SOKONGAN DAIKIN KEPADA SELANGOR FC

Baginda turut menekankan bagaimana sokongan Daikin telah menyumbang kepada kebangkitan semula Selangor FC, termasuk layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 pada tahun pertama kerjasama selepas lapan tahun.

Mencipta sejarah apabila menewaskan Jeonbuk Hyundai Motors FC – salah satu gergasi bola sepak Asia – buat kali pertama dalam tempoh lima dekad. Dengan sokongan Daikin, Selangor FC juga menduduki tempat kedua dalam Liga Super Malaysia selama dua musim berturut-turut. Sekali gus memastikan kelayakan berterusan ke kejohanan Asia.

Raja Muda Selangor with Selangor FC #rajamudaselangor #selangorfc #selangor #kl #bolamalaysia #bola

PENGHARGAAN DAN KOMITMEN JANGKA PANJANG

“Pembaharuan ini bukan sekadar kesinambungan sokongan kami, malah satu penegasan semula terhadap komitmen jangka panjang kami terhadap nilai-nilai yang amat kami hargai – perpaduan, semangat berpasukan dan gaya hidup sihat.”

-kongsi Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia, Encik Toshiharu Tsurumaru.

DAIKIN X SELANGOR FC

Penglibatan Daikin dengan Selangor FC sejajar dengan falsafah korporatnya untuk memperkaya komuniti dan membina hubungan jangka panjang. Menyokong bola sepak – sukan yang berteraskan kerjasama, ketahanan dan semangat – mencerminkan prinsip yang sama yang dipegang oleh Daikin dalam budaya inovasi dan matlamat bersama.

“Kami percaya bahawa melabur dalam sukan tempatan adalah satu cara bermakna untuk memberi kembali kepada komuniti dan menyokong rakyat negeri ini sebagai penaja platinum”

-tambah Encik Tsurumaru.

PROGRAM KOMUNITI

Di luar pencapaian di padang, Daikin dan Selangor FC turut melaksanakan program komuniti yang memberi impak besar. Terbaharu, semasa Ramadan, Daikin memainkan peranan penting dalam inisiatif Cahaya Ramadan: 30 Rumah 30 Harapan anjuran Selangor FC. Ini dengan menyediakan bantuan penting kepada 30 keluarga kurang berkemampuan di seluruh Selangor – mencerminkan komitmen kemanusiaan Daikin terhadap rasa belas ihsan dan solidariti.

SUMBANGAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI

“Di Daikin, prinsip asas kami bukan sekadar menghasilkan sistem penyaman udara bertaraf dunia.Kami percaya dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, mencipta impak positif, dan membina hubungan berkekalan.

Menyokong Selangor FC membolehkan kami merealisasikan misi ini – dengan menyokong sukan yang menyatukan masyarakat, menggalakkan gaya hidup aktif dan mengukuhkan semangat kejiranan.”

Kerjasama tahun ketiga ini turut mengukuhkan lagi platform Daikin dalam libat urus komuniti, keterlihatan jenama, dan advokasi alam sekitar.

TEMA DAIKIN

Di bawah tema “Cooling the Future, Powering A Sustainable Selangor”, Daikin berhasrat meningkatkan kesedaran tentang pemulihan penyejuk, kecekapan tenaga, dan kelestarian, dengan mendekati para peminat bola sepak secara lebih mendalam melebihi pemasaran tradisional.

DAIKIN X SELANGOR FC

POAS

“Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha berterusan Daikin dalam memimpin inovasi, dengan memperkenalkan solusi seperti POAS yang membawa keterjangkauan, kepuasan, dan ketenangan kepada pelanggan dan komuniti mereka.

Dengan POAS, lebih ramai penyokong Selangor FC dapat memiliki dan menikmati produk serta solusi Daikin dari keselesaan rumah masing-masing.”

-DYTM turut memuji usaha ini.

TERIMA KASIH DARI DAIKIN

Sebagai penutup, Encik Tsurumaru turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Selangor FC atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan:

“Bersama, Daikin Malaysia dan Selangor FC mampu mencipta kejayaan yang lebih besar di dalam dan di luar padang. Ini adalah kerjasama menang-menang yang menyatukan semangat kesukanan dengan objektif korporat.”

Pembaharuan tahun ketiga ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan yang semakin kukuh, berteraskan nilai bersama, pertumbuhan bersama dan visi bersama ke arah Selangor yang lebih lestari, bersatu dan penuh inspirasi.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *