Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cha Eun-Woo 1st Fan Meeting Tour 27 Oktober 2019 Di Malaysia| Cha Eun-Woo bakal berkunjung ke Malaysia sempena 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR. Sesi bertemu peminat yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).
Pengenalan Cha Eun-Woo
Cha Eun Woo adalah seorang pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Kpop popular di Korea Selatan, ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment. Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.
Selain itu juga membintangi beberapa drama dan web drama popular antaranya ‘To Be Continued’, ‘Sweet Revenge’ and ‘Hit The Top’ by KBS 2TV.
Pada tahun 2018, beliau membintangi watak utama dalam sebuah drama popular Korea Selatan yang bertajuk “My ID is Gangnam Beauty” dan mendapat sambutan luar biasa. Susulan cetusan fenomena itu, beliau telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11.
Sejak itu, semakin dikenali dalam kalangan peminat Kpop sebagai seorang artis Korea yang serba boleh. Malah beliau juga kini membintangi sebuah drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang baharu ditayangkan baru-baru ini.
Jadual Pembelian Tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR
Tarikh Masa Lokasi Pembelian Tiket Pra-Jualan 3 – 4 Ogos 2019 11am – 7pm Booth MacpiePro, Ekspo
MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley HITS Plan 3 – 4 Ogos 2019 11am – 7pm Booth Mcalls, Ekspo
MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dan kedai gaya hidup digital Mcalls Jualan Tiket Online 5 Ogos 2019 12pm www.macpieticketing.com & aplikasi MMspot
Tiket konsert dijual pada harga
- RM673 (Zon AROHA)
- RM543 (Zon Merah)
- RM453 (Zon Kuning)
- RM363 (Zon Ungu)
- RM243 (Zon Hijau).
AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf dengan pembelian tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah! Jangan lepaskan peluang mendaftar MMspot pada hari pra-jualan tiket untuk menebus 4 x EVP60 (e- baucar MacpiePro bernilai RM60) dan boleh digunakan serta-merta.
Mcalls Penaja Titanium 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In
KUALA LUMPUR
Demi merealisasikan misi korporat “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memperkenalkan “HITS” kepada penggemar muzik. Menerusi kolaborasi strategik ini, peminat muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga asal tiket apabila mereka melanggan salah satu daripada tiga pelan tahunan pascabayar “HITS Plan”.
Pelan prabayar ini disertakan dengan tawaran HITS yang membolehkan Fans menebus tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan tawaran hebat. HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli 4 tiket dengan harga diskaun tetapi bersyarat.
Fans boleh membeli tiket pertama dengan 30% diskaun dan tiga lagi tiket tambahan sebanyak 10% diskaun (Zon Merah RM543 sahaja) dengan jaminan kemasukan. Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS. HITS Plan boleh didapati di semua kedai gaya hidup digital Mcalls dan Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3 di Pusat Pameran Mid Valley.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Mcalls HITS Plan, sila layari mcalls.asia atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin – Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang). Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.
Website : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro