Bukan baru di dalam industri pakaian atau fesyen. Kini, melangkah dengan pembukaan cawangan baru dan juga terbesar di Malaysia.
UNIQLO MALAYSIA TERBESAR
Peruncit pakaian global UNIQLO meraikan pembukaan cawangan terbaru dan terbesar di The Exchange TRX, Kuala Lumpur
Outlet berkeluasan 38,719 kaki persegi itu menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan UNIQLO yang luas kepada pelanggan dan pelancong tempatan.
UNIQLO THE EXCHANGE TRX
UNIQLO The Exchange TRX berdiri sebagai kemuncak penawaran LifeWear UNIQLO, meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk penduduk tempatan dan pelancong.
Semestinya bakal menjadi antara lokasi pilihan dimana ia terletak di tengah-tengah bandar berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam.
TIGA TINGKAT
Pelbagai jenis pakaian LifeWear berkualiti tinggi dan selesa, termasuk koleksi terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Juga mempunyai pelbagai pilihan daripada barangan keperluan harian kepada barangan terkini dan mengikut musim.
CAWANGAN KE -59
“Kami sangat teruja melancarkan cawangan UNIQLO Malaysia terbesar dan juga merupakan cawangan yang ke-59 di The Exchange TRX,”
“Kedai baharu ini menandakan peristiwa penting dalam misi kami untuk membawa LifeWear lebih dekat dengan komuniti.
“Matlamat kami adalah untuk mencipta bukan sahaja kedai tetapi destinasi LifeWear sebenar.
Reka bentuk moden dan berfungsi dengan elemen kemampanan yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa dan memberi inspirasi untuk semua,”
-Pegawai Eksekutif Kumpulan Peruncitan Pantas dan Ketua Pegawai Eksekutif UNIQLO Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada.
UNIQLO memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan kedai pertamanya di Fahrenheit88. Sejak itu, jenama ini menerima maklumbalas dan populariti terutama produk LifeWear.
APA YANG MENARIK
UTME EKSKLUSIF! KOLABORASI REKAAN DENGAN SHAN SHAN LIM
Untuk memperingati pembukaan UNIQLO The Exchange TRX, satu kerjasama dengan artis pelbagai tempatan Shan Shan Lim untuk mencipta rekaan UTme.
Reka bentuk ini berfungsi sebagai peringatan untuk berhubung dengan dunia.
Manakala ilustrasi flora menggemakan komitmen berterusan UNIQLO terhadap kemampanan, menjemput pelanggan untuk meneroka refleksi mereka.
UNIQLO COFFEE
Kafe ini menawarkan pilihan minuman dan snek yang mudah dimana bakal menjadi kegemaran ramai di kalangan orang Malaysia.
Menyediakan dua pilihan samada bawa pulang atau dine-in. kafe ini menjemput pengunjung untuk menikmati campuran kopi istimewa UNIQLO.
STUDIO RE.UNIQLO
Telah dilancarkan pada November 2022, menyumbang ke arah ekonomi sirkular melalui kitar semula dan 3Rs: Repair, Reuse dan Recycle.
Terletak di aras 1, Studio RE.UNIQLO menawarkan perkhidmatan pembaikan seperti sulaman dan jahitan Sashiko, membantu pelanggan memanjangkan hayat barangan LifeWear.
UT AND UTME
Tingkat satu gedung UNIQLO The Exchange TRX menampilkan ruang khusus untuk baju-T UNIQLO UT.
Menampilkan motif daripada ikon budaya pop yang popular di Malaysia dan di seluruh dunia, termasuk KAWS, DISNEY dan berinspirasikan anime.
UTme! menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan menyesuaikan baju-T dan beg jinjing dengan reka bentuk mereka sendiri atau motif sedia ada.
Menawarkan sentuhan peribadi kepada fesyen mereka.