Bangi Golf Resort Antara Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bangi Golf Resort Antara Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan 2018|Tahun lepas, KP ada berkongsi tentang berbuka puasa buffet Ramadhan di Restoran Bangi Golf Resort (BGR). Untuk tahun 2018, Bangi Golf Resort masih lagi menawarkan buffet untuk berbuka puasa bermula dari 19 Mei hingga 13 June 2018. Pelbagai menu lebih dari 200 hidangan mewah dari segala juadah seperti Melayu, Barat dan Timur bakal dijamukan buat para tetamu.

Harga Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort

Harga mampu milik dan berpatutan untuk anda semua. Percaya ke tak inilah harga yang ditawarkan dengan lebih 200 menu dihidangkan

Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-kanak : RM29.50 nett

Hidangan juadah Buffet Ramadhan

Kite mulakan dengan nasi nasi dulu ye .. Untuk anak anak kat sini ada nasi ayam . Jadi tak perlu risau tentang lauk apa yang sesuai untuk rasa mereka. Cukup lengkap dengan sup , kicap dan juga cilinya of course

Next bagi yang dari pantai timur, apa kata mai berbuka kat sinie sebab ada nasi kerabu . Siap ngan bahan-bahan side dia cam ikan masin, solok, daging bakar, telur masin,serunding, budu , cili dan sebagainya.. ( kalau salah maaf ye ) . Kalau nak makan jangan ngadap nie ajer , cuba- cuba menu yang lain juga ye 

Nampak tak meriahnya bahan-bahan untuk nasi kerabu

Kali ni pula kite kongsikan kambing bakar. Menu yang dinantikan setiap tahun di setiap hotel untuk bulan ramadan

Makan dengan sos black pepper,  sos cendawan dan sedikit mint.. Sure layan

Anda kalau yang wajib ada ulam- ulaman sewaktu makan, jangan risau sebab ada juga disediakan.. Pilih sahaja yang mana nak 

Pilihan ikan masin pun ada

Ok, sekarang kite ke menu utama untuk lauk pauk , get ready korang…. 

kejap , jangan lupa singgah tuk sup kambing

Jangan risau apabila di sini bila berbuka puasa, anda di alunkan dengan persembahan live band dengan mereka yang berbakat. Pelbagai pilihan lagu di mainkan 

Satay pun ada

Jangan ingat kids ajer makan, kite mak – mak nie pun makan juga

Beralih pada noodles bak kata mat salleh

Pencuci mulut lah pulak.. aisyek makan yang menu lain ajer . Ada jer kuih tradisional, bubur, dan pelbagai lah tinggal pilih dan makan sahaja.

Roti jala pun ada

Sedapnya dan manis rasa buah-buahan. baru satu ada lagi tau kena datang baru tahu sedap ke tak

Rojak buah pun ada yang best buat sendiri

samosa, nuggget , popiah goreng

Sebelum pulang ingin KP kongsikan yang anda semua kena rasa signature dish di Restoran Bangi Golf Resort. 

Lihat sahaja lah Irfan makan. siap tambah 5 X ok. Cam telur setengah masak tapi ada sos tersendiri diletakkan. Tak percaya datang dan rasa sendiri. Memang sedap cengginie ( angkat ibu jari tangan)

Untuk Penempahan, boleh hubungi :

Dial : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge