IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL DALAM SETAHUN, WOW

IKEA Malaysia cipta sejarah apabila menjual 8.6 juta karipap dalam setahun dan diiktiraf Malaysia Book of Records. Karipap ikonik kini jadi fenomena rakyat Malaysia.

JUALAN KARIPAP TERBANYAK DALAM SETAHUN

Siapa sangka, sebiji karipap mampu mencipta sejarah nasional? Malaysia Book of Records kini secara rasmi mengiktiraf IKEA Malaysia menerusi kategori “Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun” selepas mencatat jualan luar biasa sebanyak 8.6 juta karipap di seluruh negara.

IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL

IKEA MALAYSIA

Selama lebih 30 tahun, karipap IKEA bukan sekadar snek ringan, malah sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia. Daripada rutin selepas membeli-belah hinggalah ke sesi santai bersama keluarga dan rakan-rakan, kudapan ikonik ini terus kekal relevan merentasi generasi.

Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, pencapaian ini bukan hanya tentang angka jualan semata-mata.

IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL

“Pengiktirafan ini mewakili jutaan memori dan momen bersama pelanggan kami. Di Malaysia, makanan adalah cara kita berhubung, meluangkan masa dan berkongsi kebahagiaan,”

-kongsi Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.

DARI KUDAPAN RINGKAS JADI FENOMENA NASIONAL

Apa yang menjadikan karipap IKEA begitu dekat di hati rakyat Malaysia ialah kombinasi rasa, harga mampu milik dan pengalaman nostalgia yang sukar ditandingi.

Raymand Yeastman berkata, karipap IKEA kini menjadi antara menu paling sinonim dengan pengalaman membeli-belah di IKEA.

IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL

“Kadang-kadang perkara paling ringkas mampu menyatukan ramai orang. Karipap IKEA adalah contoh terbaik bagaimana makanan boleh mencipta hubungan emosi yang kuat.”

Pencapaian ini juga membuktikan komitmen IKEA Malaysia dalam menyediakan makanan berkualiti tinggi pada harga berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.

KEMPEN #IKEARIPAYOURWAY

AJAK RAKYAT MALAYSIA JADI SEBAHAGIAN REKOD

Bersempena kejayaan ini, IKEA Malaysia turut melancarkan kempen media sosial #IKEAripapYourWay, mengajak rakyat Malaysia berkongsi cara unik dan kreatif mereka menikmati karipap IKEA. Kempen ini diinspirasikan daripada semangat mencipta “rekod tersendiri”, menjadikan pencapaian nasional ini lebih dekat dan peribadi buat rakyat Malaysia.

IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL

500 KARIPAP PERCUMA

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, sebanyak 500 karipap percuma turut diagihkan di empat cawangan IKEA seluruh negara pada 8 Mei lalu.

30 TAHUN BERSAMA RAKYAT MALAYSIA

Sempena ulang tahun ke-30, IKEA Malaysia terus memperkukuh komitmen mereka dalam mencipta pengalaman harian yang lebih baik — bukan sahaja melalui inspirasi kediaman, tetapi juga makanan yang dekat di hati pelanggan.

IKEA MALAYSIA PECAH REKOD 8.6 JUTA KARIPAP TERJUAL

Daripada sebuah snek sederhana kepada simbol nostalgia rakyat Malaysia, karipap IKEA kini rasmi menjadi sebahagian daripada sejarah negara.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *