Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Felda D’Saji Bertemakan Colours of Malaysia Buffet Ramadhan 2018 |Masih ingat tak lagi yang KP ada kongsikan buffet ramadhan di D’Saji Titiwangsa . Citarasa Asean Ramadhan untuk D’Saji Titiwangsa tetapi kali ini untuk Felda D’Saji pula berlainan. Berpengalaman selama 20 tahun bagi penyediaan dalam juadah Ramadan kali ini Felda D’Saji menawarkan Colours of Malaysia sebagai tema untuk buffet Ramadhan kali ini.
Kali ini, pengunjung yang bakal datang untuk menikmati berbuka puasa dapat memilih pelbagai menu yang ditawarkan. Dari appetizer, ke menu utama dan juga pencuci mulut. Salad pun disediakan juga
Juadah wajib untuk di cuba adalah Nasi Dalam Perut Kambing dimana nasi yang dimasak didalam kambing. Siap dengan daging dan telur rebus.
Selain itu ada juga Nasi Goreng Nenas, Kambing Bakar dengan 9 rempah, aneka jenis lauk-pauk seperti Asam Pedas Tetel, Itik Salai Masak Cili Api, Pais Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Lemak Mata Biru. ANtara lauk pauk untuk nasi lemak mata biru
Ulam- ulaman untuk anda
Belum lagi dengan Mee Kolok, Mee Udang, Kacang Pool, aneka jenis salad, Roti John.Felda D’Saji turut menyediakan hidangan antarabangsa seperti Sushi dari Jepun dan piza. Sekaranng ini tinggal pilih dan makan sahaja .
Steambot pun ada.. pilih yang mana berkenanan
Antara koleksi sushi
Kalau menu utama sudah jom ke pencuci mulut pula. Antara menu dessert yang ada adalah Kek Lapis Sarawak, aneka kuih-muih seperti Nyonya Manis, Keria dan aneka pastri Perancis.
Selain di Felda D’Saji, pengunjung juga boleh menikmati bufet Ramadan di cawangan-cawangan D’Saji yang mana setiap cawangan ini mempunyai temanya tersendiri iaitu:
- “Taste of Asean” di Restoran D’Saji KL Titiwangsa
- “Malay Authentic and Grills” di Orchard Villa Gombak & Cempaka Villa Bangi
- “Citarasa Ramadan” di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
D’Saji Delivery
Menariknya, tahun ini buat kali pertama, Feld D’Saji memperkenalkan D’Saji Delivery, satu perkhidmatan penghantaran makanan di sepanjang bulan Ramadan di sekitar Lembah Klang dalam radius 15km iaitu Ampang, Gombak, Pandan, Cheras, Bangsar, Sentul, Brickfields, Mont Kiara dan Kuala Lumpur. Dengan pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 hingga 15 orang, pelanggan boleh menikmati juadah bufet Ramadan di rumah.
Untuk tempahan di Felda D’Saji, hubungi:
- Emel: salesdsaji@felda.net.my
- Tel:03-2698 8302
Untuk menempah D’Saji Delivery, hubungi:
- 019-6622525
- Isnin-Ahad
- bermula dari 8.30 pagi hingga 8 malam
Harga bufet Ramadan:
Tempahan awal sudahpun dibuka dan bakal berakhir pada 15 Mei ini. Harga adalah seperti berikut:
- Dewan Perdana Felda, KL : Harga asal (RM88), RM69 bagi tempahan awal
- Orchard Villa Gombak: Harga asal (RM58), RM48 bagi tempahan awal
- Red Carpet Avenue Kota Damansara: Harga asal (RM48), RM40 bagi tempahan awal
Jadi, jangan lupa tau untuk book lokasi mana untuk anda berbuka puasa nanti,. Buat tempahan awal agar tidak menangis takut nanti tempat dah penuh .