Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
TPC Kuala Lumpur Dengan Selera Muhibbah Buffet Ramadhan 2018 | Kali ini KP ingin berkongsi buffet ramadhan 2018 di area Kuala Lumpur. Pastinya anda kenal dengan Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad? Sekarang ianya sudah ditukar nama dengan TPC Kuala Lumpur.
TPC KL tidak lupa untuk turut serta mengadakan seisi buffet ramadhan untuk meraikan bulan puasa yang bakal tiba kurang dari 20 hari lagi. Yang menarik untuk tahun ini ialah setiap penjualan voucher buffet, sebanyak RM 1 akan di ambil untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan . Mensasarkan kumpulan dana sebanyak RM10,000 hasil jualan baucar untuk bufet Ramadan yang bakal diadakan pada 9 Mei nanti hingga 12 Jun 2018.
Buffet Ramadhan kali ini menyediakan pelbagai hidangan menarik dan pilihlah dari 22 gerai yang ada di sepanjang kolam renang dan bersebelahan dengan padang golf. Tahukah anda yang kolam renang di TPC KL mempunyai keluasan hampir sedikit ajer lagi seperti saiz kolam renang Olimpik.. Wow macam tak percayakan ??.
Diketuai oleh Cef Abu Zaren Bakri, Cef Abdul Aziz bdul Rahman dan Cef Azmin Mohamed Burhan yang akan menyediakan aneka lauk-pauk tradisional antaranya Gulai Ikan Patin Tempoyak, Rendang Hati Lembu, Daging Masak Merah dan Telur Itik Masak Lemak Cili Padi setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Ulam- ulaman pun ada untuk anda yang wajib makan nie kalau tak pinggan anda tak lengkap
Antara menu baru yang bakal ada iaitu Asam Pedas Lok-Lok dimana kuah pencicah adalah asam pedas dimana memberi kelainan buat anda semua
Tidak lupa pada hidangan wajib yang ada atau speciality di sini iaitu Lidah Bakar. Pelik bunyinya tetapi bila anda nikmatinya memang terbaik. Kerangupan dan keenakan lidah bakar ini dijamin akan menambat selera sesiapa sahaja yang merasainya!
Selain lauk-pauk tradisional. cef-cef ini juga menyediakan menu kegemaran ramai seperti Kambing Panggang, Seafood Kava, Asam Laksa, Fried Carrot Cake, Popiah dan banyak lagi.
Bagi yang meminati juadah pemanis mulut, bolehlah merasai Bubur Manis, Apam Balik, Kasttad Telur, Pisang Goreng dan pastri French yang disusun dengan cantik di atas Stesen Dessert.
Selain membuat sumbangan kebajikan TPC KL juga menyediakan satu perkhidmatan istimewa dan pertandingan menarik yang bakal mendapat sambutan hebat iaitu:
- Perkhidmatan ‘Take-Away’
Bagi mereka yang kesuntukan masa mencari hidangan untuk berbuka puasa, TPC KL menyediakan ‘Special Takeaway Menu’ yang boleh ditempah mulai 19 Mei hingga 12 Jun dari pukul 4pm hingga 6.45pm setiap hari dengan menghubungi 03-2011 9187/189. - Pertandingan Ambil Gambar & Menang
Bagi mereka yang singgah makan dan minum di Golfer’s Terrace, TPC KL dan seterusnya mengambil serta berkongsi gambar makanan dan minuman di laman sosial TPC Kl iaitu FB, IG (diikuti #TPCKLContest & #SeleraMuhibbah), Twitter TPC KL dan Whatsapp di 019-2636548 berpeluang memasuki pertandingan yang membolehkan mereka memenangi 2 baucar bufet Selera Muhibbah. Pertandingan ini bakal berakhir hujung April ini.
Harga baucar bufet Selera Muhibbah adalah seperti berikut:
- Tempahan awal yang sudah dibuka sekarang hingga 18 Mei-RM95nett (Dewasa)
- Selepas 18 Mei-RM110nett (Dewasa) dan Kanak-kanak berumur 6-12 tahun-RM47.50
Jadi apa kata jom pakat mai sini ramai-ramai sambil menikmati juadah dapat menyumbang pada mereka yang memerlukan