Posted in

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN – TAHNIAH!

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN - TAHNIAH!

Auntea Jenny mengumumkan 12 cawangan menerima pensijilan Halal JAKIM selain meraih pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records dengan jualan hampir 86 juta Mango Pomelo Sago.

AUNTEA JENNY

Jenama minuman teh buah popular, Auntea Jenny terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran tempatan apabila secara rasmi mengumumkan bahawa 12 cawangannya di Malaysia kini telah menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

PENCAPAIAN SIJIL HALAL AUNTEA JENNY

Pencapaian tersebut bukan sahaja menjadi satu langkah besar dalam aspek pematuhan piawaian Halal, malah membuktikan komitmen jenama itu dalam memperkukuh sistem operasi, pengurusan rantaian bekalan dan standard kualiti di seluruh negara.

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

Majlis pengumuman rasmi yang berlangsung di Kuala Lumpur turut disaksikan oleh wakil JAKIM, YBrs. Ustaz Muhyidin Bin Aziz @ Saan, selain kehadiran tetamu khas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah.

PERLUAS PENSIJILAN HALAL SELURUH MALAYSIA

Menurut pihak pengurusan, pensijilan Halal tersebut melibatkan beberapa cawangan strategik di kawasan utama termasuk Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Melaka.

Langkah ini dilihat sebagai strategi penting untuk menyeragamkan piawaian operasi dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang ditawarkan oleh jenama tersebut.

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

Dengan hampir 50 cawangan beroperasi di Malaysia ketika ini, Auntea Jenny turut menyasarkan untuk melepasi 100 cawangan menjelang penghujung tahun 2026 sejajar dengan pertumbuhan permintaan pasaran minuman premium dan gaya hidup moden.

MANGO PAMELO SAGO PECAH REKOD ASEAN & ASIA

Dalam masa sama, jenama itu turut mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records bagi kategori:

“Mango Pomelo Sago Paling Laris daripada Rangkaian Minuman Teh Segar”

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

Pencapaian luar biasa itu direkodkan selepas sebanyak 85,951,586 cawan berjaya dijual sepanjang tahun 2025 melibatkan lebih 11,494 cawangan di empat negara setakat Disember lalu. Pengiktirafan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan Auntea Jenny sebagai antara jenama minuman teh buah paling pesat berkembang di rantau Asia.

LANCAR APLIKASI RASMI AUNTEA JENNY

Sebagai sebahagian daripada strategi pendigitalan syarikat, Auntea Jenny Malaysia turut melancarkan aplikasi mudah alih rasmi bagi memperkasakan sistem keahlian dan pengalaman pelanggan.

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

AGIH 30,000 MINUMAN PERCUMA 13 – 15 MEI

Bersempena pelancaran aplikasi tersebut, jenama itu turut mengumumkan pemberian sebanyak 30,000 cawan minuman percuma di seluruh negara bermula 13 hingga 15 Mei 2026, sementara stok masih ada.

Menurut Pengarah Besar Auntea Jenny Malaysia, Ng Ching Wa, jenama itu akan terus berpegang kepada prinsip “Buah Sebenar, Teh Sebenar, Kualiti Sebenar” dalam setiap pengembangan operasi mereka.

AUNTEA JENNY RAIH SIJIL HALAL JAKIM & REKOD ASEAN -  TAHNIAH!

“Pensijilan Halal ini membuktikan komitmen kami terhadap piawaian berkualiti tinggi serta penghormatan kami terhadap pasaran tempatan di Malaysia,”

Dengan gabungan inovasi digital, pensijilan Halal dan pengiktirafan antarabangsa, Auntea Jenny kini dilihat semakin agresif memperkukuh pengaruhnya dalam industri minuman premium tempatan dan serantau.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *