ALAMANDA MERAIKAN ANAK ANAK YATIM -TAHUN BARU CINA, BEST!

ALAMANDA MERAIKAN ANAK ANAK YATIM – TAHUN BARU CINA, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan keceriaan perayaan bersama kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor. Ini sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

CNYAlamanda

ALAMANDA

Pada 26 Januari 2022, sekumpulan 15 kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang penuh bermakna di Alamanda.

Disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda dan disajikan dengan makan tengahari CNY yang istimewa di Secret Recipe.

Untuk memeriahkan acara lagi, kanak-kanak ini dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah. Kemudian dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan tarian singa. 

CNYAlamanda

ANGPOW DAN LIMAU

Kanak-kanak ini juga menerima Ang Pow dan limau mandarin oleh Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda, sebagai sebahagian dari tradisi sambutan Tahun Baharu Cina.

Lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini

CNYAlamanda

TAHUN HARIMAU

“Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama.

Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan. Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan untuk mereka.

-Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

LAYANAN ISTIMEWA

CNYAlamanda

“Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya juga.

Cuma kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

Puan Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor. Layari

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge