USOP MENTOR SAH BERGELAR SUAMI PADA FATIHAH, TAHNIAH! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah buat kedua pasangan ini.
USOP MENTOR
Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24. Selamat bernikah dengan gadis pilihan, Nur Fatihah Md Hashim,25 yang berasal dari Sungai Dua,Pulau Pinang, hari ini.
AKAD NIKAH
Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.
Acara akad nikah disempurnakan oleh Ustaz Haji Harun Bin Idris (Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang.
Berwalikan Md Hashuim Bin Nordin( Bapa kepada Nur Fatihah) dan bersaksikan Muhammad Firdaus Md Hashim (Abang kepada Nur Fatihah ). Tidak lupa juga Mohd Noor Bin Ismail ( Bapa Kepada Usop).
HANTARAN
Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.
Manakala mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang .
Usop Dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021.
KONGSI KISAH CINTA
Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun yang lalu. Kini diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar sebagai pasangan suami isteri.
Sebagai info, Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang. Sambil membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.
TANGGUNGJAWAB BESAR
” Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.”
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah.
Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan.
TENTANG ANAK ?
“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu.
Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,”
-kongsi Usop sewaktu bertemu selepas akad nikah.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini. Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim Kedah. Credit Photo
@kakiklikphotography | @usopofficial