SYARIKAT SURIA KLCC SUMBANG BANTU MANGSA BANJIR AMAZING!

SYARIKAT SURIA KLCC SUMBANG BANTU MANGSA BANJIR AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hujan masih lagi turun di beberapa tempat hingga hari ini. Ada tempat tertentu dinaiki air hingga mengakibatkan banjir.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC

Pusat membeli belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC sekali lagi bangkit. Kali ini menghulurkan bantuan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di  Lembah Klang.

Membantu dengan memberi sumbangan barangan keperluan kepada kakitangan dan pesakit yang  terkesan di Hospital Kuala Lumpur. 

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Pada 20 Disember, Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan  bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya.

Ini untuk membantu 168 kakitangan hospital yang  terkesan dengan banjir yang melanda sebahagian negeri Selangor. Antaranya seperti Dengkil, Kota Warisan,  Banting, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Shah Alam dan Warisan Bestari bulan lalu. 

Barangan yang disumbangkan termasuklah makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang selalunya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini. 

PRIHATIN ALAMANDA & SURIA KLCC

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC. Dimana menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur,

Rata-rata terdiri daripada pesakit and kakitangan hospital itu sendiri. Kakitangan ini menetap di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu  Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh. 

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada  Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan.

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Selain dari barangan makanan  dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian. 

Hospital Kuala Lumpur dipilih kerana ia merupakan salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19. Sepanjang tahun lalu.

Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan  perubatan di Hospital Sungai Buloh and Hospital Putrajaya.

“Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini.

Sumbangan ini tepat pada  waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan. Ada yang sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.” 

-Dr.  Rohana mengulas.

BERBESAR HATI

“Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan. Ini kepada anggota barisan hadapan perubatan dan  penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan.

Bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Percaya dengan usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir di mana juga mereka berada.

Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada  semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap  keselamatan dan kesihatan awam.” 

-Bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di penghujung 2021 and  permulaan 2022 ini, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge