CHARMS JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN DENGAN UTHM, AMAZING!

CHARMS JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN DENGAN UTHM, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tanggungjawab kepada pengguna mengenai produk wajib ada.

CHARMS JALIN KERJASAMA

Untuk memastikan pengguna terus yakin dengan keberkesanan produk Charms, ini insiatif yang diambil.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidkan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

Ini bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan Charms.

KOS LEBIH RM50,000

Menurutnya, kajian dan analisa produk bakal menelan kos lebih RM50,000. Bakal mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.

UTHM TERBIT JURNAL?

“Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.

“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor.

CharmsXUTHM

Dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.

“Pihak Charms berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik,”

-katanya.

CHARMS SKINCARE

Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. Produk dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak.

CharmsXUTHM

Bahkan mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mula diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain. Info lanjut

Website | Instagram | 013-3135096

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge