AL-IKHSAN SPORT & IKTIKAF KOLABORASI BAJU MELAYU COOL, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika ke pusat membeli-belah sekarang pasti dah nampak ‘booth-booth’ jualan persiapan raya.
AL-IKHSAN SPORT & IKTIKAF
Sesuatu yang baru dimana ingin mencari baju melayu boleh juga cari di outlet Al-Ikhsan Sport. Ini adalah kolaborasi terbaru antara Al-Ikhsan Sport dan jenama terkenal Iktikaf.
#BAJUMELAYUYANGCOOL
Kolaborasi ini membawakan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta baju melayu dan kurta Al-Ikhsan Sports.
Bukan berseorangan tetapi bersama atlet pelumba basikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang.
Bertepatan dengan slogannya iaitu “Baju Melayu yang cool”, koleksi ini pastinya akan memberi si pemakai keselesaan sepanjang hari.
APA YANG BEST BAJU MELAYU COOL!
Diadaptasi dari teknolohi Pesak Pesak Ventech™. Konsep ini menggunakan material jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan.
Menjadikan koleksi pakaian ini anti peluh, cepat kering, selesa dan berangin. Sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas pada bulan Syawal.
Di mana sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang hari jadi sesuai bila memakai #bajumelayuyangcool
CIPTA KOLEKSI SUKAN PENUHI TRADISI
”Buat pertama kalinya Al-Ikhsan Sports telah mencipta koleksi di mana sukan memenuhi tradisi.
Saya percaya koleksi ini akan menjadi pengubah permainan (game changer) yang lengkap untuk pasaran Malaysia dan akan mempunyai kaitan global pada masa hadapan.
Ini juga adalah salah satu tanda terima kasih kami kepada para pelanggan yang sentiasa bersama kami sepanjang 30 tahun yang lalu.”
-kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sport.
Baju melayu dan kurta Pesak Ventech™ ini membariskan 5 kategori iaitu Regular Fit-Baju Melayu, Slim Fit- Baju Melayu, Kurta 3 butang dan 1 butang juga koleksi kanak-kanak
HARGA MAMPU MILIK
Tidak perlu risau kerana bukan satu tetapi ada 18 warna. Pilihlah mana yang suka dan harga pula mampu milik . Dari RM 99 hingga RM169.
Bermula 20 Mac nanti bolehlah dapatkan koleksi pilihan raya ini dimana-mana 76 outlet Al-Ikhsan atau pembelian digital melalui laman e-dagang.