HOORREY X FEST RAYA, APA YANG BEST?

HOORREY X FEST RAYA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nak shopping jam 2 atau 3 pagi ada ke yang buka? Tak mahu belian melalui online kalau boleh!

Jika anda ingin membeli belah persiapan Syawal pada masa ‘off peak hour’ seperti selepas tengah malam, ini mungkin untuk anda.

HOORREY X FEST RAYA

Festival Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.

Akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini.

KERJASAMA KUSM SERTA ARTIST CORNER

“Festival ini telah mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner.

Menariknya, festival ini juga akan menyaksikan cubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 72 jam tanpa henti.

“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan. Termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan.

APA YANG MEMBEZAKAN DENGAN FESTIVAL YANG LAIN?

“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan.

Hoorrey X Fest Raya mampu menarik ramai pengunjung. Memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.

“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 72 jam tanpa henti. Ini buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,”

-kata Datuk Mohammad Alif Hakim, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd.

72 JAM TANPA HENTI

Pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.

“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan.

Termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.

“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya.

“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,”

-kongsinya

ANTARA ARTIS YANG TERLIBAT

Berkongsi lanjut, katanya Mohammad Alif lagi, dia juga gembira dengan sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini.

Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz.

Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.

SASARAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival.

Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti.

“Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,”katanya.

Sehubungan itu, Mohammad Alif menyeru dan membuka peluang buat semua usahawan dan peniaga yang berminat.

Bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi Hoorrey X Fest Raya yang turut menawarkan sewa tapak pada harga terendah iaitu RM1,500.

Contact: Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) Shawn (011-5550 5017)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge