JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS, BEST!

JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam tak percaya pulalah, ada koleksi pakaian fesyan kanak-kanak jenama MESSI

JENAMA MESSI

Pelancaran secara global menawarkan koleksi pakaian fesyen kanak-kanak termasuk kemeja-T, baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, ‘hoodie’, dan seluar trek.

Di seluruh Semenanjung Malaysia khusus bagi mereka yang berumur dua tahun hingga remaja.

JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS

Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan mulai 6 Januari 2023.

PELUANG BERGANDING SATU PENGHORMATAN

“Peluang untuk berganding dengan The MESSI Brand ini merupakan satu penghormatan.

Semangat dan kesungguhan Messi sama ada di dalam padang atau di luar padang telah menjadi simbol bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari kehidupan yang biasa.

Kemudian muncul sebagai seorang pemain bola yang terulung dengan permainan yang cukup konsisten di peringkat antrabangsa.

JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS

Al-Ikhsan Sports berharap produk ini akan menjadikan anak-anak lebih terinspirasi dengan ciri-ciri yang ada pada Lionel Messi. Seperti usaha keras, kejujuran dan nilai integriti yang tinggi”.

-En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports.

SUKAN MAMPU MILIK UNTUK SEMUA

Al-Ikhsan Sports juga mempraktikan nilai kejujuran, integriti serta usaha keras. Oleh itu gandingan ini adalah sangat sesuai selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua.

Maka Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk ‘hoodie’ dan jaket.

JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS

Hasrat Al-Ikhsan Sports adalah untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang.

Moga kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya.

PERCAYA MAMPU BAWA JENAMA MESSI LEBIH BAIK

Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands memiliki hak global untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi turut hadir pada hari pelancaran:

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia.

JENAMA MESSI KINI DI AL-IKHSAN SPORTS

Al-Ikhsan Sports mempunyai bola sepak dalam DNA mereka dan saya yakin bahawa tiada peruncit sukan lain yang mampu bawa jenama MESSI ini dengan lebih baik.

Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang berkekalan dengan Al-Ikhsan Sports”.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge