KOLEKSI ARIANI LAYAR RAYA 2023, MEMANG AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan menjelma lagi dan pastinya masing-masing sibuk mencari kelengkapan raya termasuk persalinan raya.
KOLEKSI ARIANI LAYAR RAYA 2023
Tahun ini lengkap dengan rekaan hijab dan busana berona warna-warna menarik yang pastinya memberi kelainan sewaktu sambutan lebaran nanti.
Bukan itu saja, dimana kali ini pertunjukan koleksi ARIANI Layar Raya 2023 dipersembahkan dengan cara yang unik.
Mana taknya menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.
TETAMU KEHORMAT
Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu.
Turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
DUTA TAHUN INI!
Menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
SELESA NAMUN EKSKLUSIF
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung.
ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
CIPTA SEJARAH BARU UNTUK TAHUN 2023
Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023 lalu.
Bangunan tersergam indah dengan keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia.
Mempunyai 4 aras dan menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung.
SIMBOLIK BUAT PEMINAT SETIA ARIANI
Majlis fashion runway dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional oleh Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi.
Mendendangkan lagu Sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong sepanjang jenama ini berada di pasaran. Lebih daripada 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed.
Terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant diperagakan.
Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung. Selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak.
ARIANI LUXE
Rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir. Mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif.
Ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen.
Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
KOLEKSI ARYAN UNTUK SIAPA
Buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa.
ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti. Amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa.
Tidak lupa juga seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya yang akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.
ARIANI RTW
Tampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.
Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant. Bakal menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri.
Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa.
Jangan risau dimana harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan.
Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Ada juga rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.
THE PREMIUM SERIES
Pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.
Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.