Tahun lepas memang happening and tahun ini bakal kembali lagi – Hausboom Music Festival 2024!
HAUSBOOM MUSIC FESTIVAL 2024
Sudah menjadi sebuah empayar yang cukup dikenali, Hausboom yang ditubuhkan sejak 2016 telah menjadi pujaan penggemar muzik. Mana taknya apabila jenama tersohor ini berjaya ‘menikahkan’ bisnes dengan dunia hiburan khususnya muzik.
GIG KECIL- KECILAN 2017
Bermula dengan penganjuran gig secara kecil-kecilan pada tahun 2017, jenama Hausboom bakal menggegarkan dunia muzik tempatan. Kali ini dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar iaitu Hausboom Music Festival 2024.
ARTIS DARI MALAYSIA DAN INDONESIA
Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom . Sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.
ARTIS LAGENDA MALAYSIA
Nama- nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin.
Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai.
DARI INDONESIA
Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut memeriahkan festival yang bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 & 6 Oktober ini.
Menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.
TEMA COLOURS OF LIFE
“Kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga merupakan antara sebab kami memiliih tema “Colours of Life” . Dimana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung kelak.”
-kongsi Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon”, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom
HAUSBOOM GIG
Sebelum berlangsungnya Hausboom Music Festival 2024, Hausboom telah menyajikan 3 siri Hausboom Gig 2024 yang bertempat di Sky Ark Event Space dari bulan Mei sehingga Julai 2024.
12 BAND UNDERGROUND
Gig ini telah menampilkan 12 “band-band underground” dimana mereka diberikan peluang dan platform untuk melonjakkan bakat serta nama mereka di atas pentas Hausboom GIG 2024.
Kesemua kumpulan yang beraksi di Hausboom GIG 2024 ini telah melalui fasa ”live QR voting” yang diundi penonton-penonton yang hadir. Dan pemenang bagi undian ini juga akan beraksi di pentas Hausboom Music Festival 2024.
HAUSBOOM LOKAL FEST
Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana dimana terdapat 110 peniaga- peniaga lokal.
Merangkumi 40 jenama “streetwear” lokal terkenal di Malaysia termasuk SVG, Hikari, Tntco, The Capcity, Asly, Homebois dan 40 “thrift stores” yang bakal dihimpun pada hari tersebut.
STREETWEAR
Inisiatif ini adalah sebahagian adripada usaha kami untuk memartabatkan jenama- jenama lokal, “streetwear” Malaysia. Dimana kebanyakan daripada mereka pernah berkolaborasi bersama Hausboom selama ini.
Diharapkan penganjuran tahun pertama Hausboom Lokal Fest ini dapat menjadi platform untuk jenama- jenama ini mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang disulami gaya kontemporari ‘urban’ masa kini.”
SPARKILING JUICE EDISI TERHAD
Sebagai penarik kepada Hausboom Lokal Fest ini, Hausboom juga bakal memperkenalkan 100,000 Hausboom Sparkling Juice. Dengan label edisi terhad Hausboom Lokal Fest pada hari acara tersebut.
Label pada botol edisi terhad itu merupakan kolaborasi dengan lima jenama tempatan yang terkenal dalam industri jenama fesyen lokal. Antranya SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity.
Bagi label edisi terhad ini, pembeli dapat jugak mengimbas kod qr bagi memenangi hadiah- hadiah yang menarik yang bakal diumumkan dari jenama- jenama tersebut.
Bagi melengkapkan pengalaman para pengunjung di Hausboom Music Festival 2024, mereka bakal disajikan dengan kemeriahan jualan makanan. Seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, Beard Brothers, Roti Wap dan lain – lain peniaga makanan tempatan yang terkenal.
FAST LANE BAGI PENGGUNA HOTLINK
Eksklusif untuk festival ini, pengguna Hotlink boleh mengakses fastlane, Fastlane di gerai barangan, dan akses ke Hotlink VIP Lounge. Ikuti halaman media sosial Hotlink untuk peluang memenangi tiket Kemasukan Umum percuma.
Hausboom mengucapkan selamat bertemu di Hausboom Music Festival 2024 di KL Base pada 5 dan 6 Oktober 2023. Jom sama-sama menyelami maksud tema Colours of Life! Dapatkan tiket anda di
Had Umur: Hausboom Music Festival 2024 mempunyai polisi had umur. Semua peserta dan pengunjung mesti berumur 16 tahun atau lebih pada hari acara. Tiada pengecualian akan diberikan.
Walau bagaimanapun, Hausboom Lokal Fest terbuka kepada pengunjung dari semua peringkat umur. Memastikan bahawa semua orang dapat menikmati perayaan budaya yang meriah ini.