ADHOC RAYA, LEBIH 20 SELEBRITI POPULAR JOIN ‘LAST MINUTE’! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa sini suka buat kerja ‘last minute’, sila angkat tangan sikit? Kalau ada maksudnya kite geng!
ADHOC RAYA
Hmmm… maksud ‘Adhoc’ adalah tanpa perancangan awal ataupun ‘last minute’, Jangan hairan atau pelik kalau ada yang meniti AdHoc Raya selepas ini. Ini sebabnya!
Bakal dilangsungkan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 29 April hingga 1 Mei 2022 dari jam 10 pagi – 3.00 pagi.
Pelbagai barangan dan keperluan bagi meraikan Hari Raya akan dijual di festival ini. Antaranya pakaian, kelengkapan rumah, kosmetik, kesihatan, keperluan kanak-kanak kuih raya dan barangan elektrik,
Ada juga aktiviti seperti cabutan bertuah dan cenderahati dari pihak penaja utama. Tidak lupa juga berbuka puasa bersama anak yatim dan persembahan dari artis terkenal.
Dianjurkan oleh Sakura Event dan mendapat kerjasama daripada Todak, WTCKL dan Didies Entertainment & Management.
KONGSI PUAN SHAHIRAH
Objektif utama adalah untuk membantu golongan peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 selama 2 tahun yang lalu.
“Kami ingin menolong dengan menyediakan platform perniagaan yang lebih efektif dengan hariga mampu milik kepada peniaga untuk keluar berniaga.
Saya berharap dengan penganjuran AdHoc Raya ini dapat membantu mereka yang kehilangan perkerjaan untuk memulakan perniagaan sendiri.
Meskipun ini kali pertama menganjurkan tetapi amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan selebriti yang mengambil bahagian”.
-kata Shahirah Nasharuddin , Ketua Pegawai Eksekutif Sakura Events.
DIDIE ALIAS
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon serba boleh Didie Alias yang mampu menjadika acara ini semeriah yang mungkin.
Sebagai penyelaras dan penasihat acara, beliau meletakkan harapan yang tinggi walaupun masa yang diberikan agak suntuk.
“Semua penganjur inginkan acara yang mereka anjurkan berjaya. Jadi dengan adanya saya dan team, saya akan laksanakannya sebaik mungkin.
Strategi untuk menarik minta pengunjungterus datang menyokong artis tanahair dimana sudah 2 tahun tidak dapat keluar membeli-belah.
Didie Alias turut membuka gerai jualannya sendiri iaitu kuih raya, produk kecantikan Aisel dan Pes Mak Yek.
HARGA GERAI
Gerai jualan AdHoc Raya 2022 di jual serendah RM2,888 sehingga RM10,000. Peniaga yang berminat untuk menyertai boleh hubungi
Contact : 01160877023 | 01160871659 | Email | Instagram |