6 PENGHANTARAN MAKANAN ONLINE YANG POPULAR DI PENANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

6 PENGHANTARAN MAKANAN ONLINE YANG POPULAR DI PENANG | Berada di Pulau Pinang akan menyebabkan kita mudah terasa lapar kerana Penang memang sudah terkenal dengan makanan mereka yang pelbagai. Keunikan rasa menu makanan Penang ini juga sudah ramai yang tahu. Tahap popular dikalangan pelancong asing juga. Maka tak hairanlah kenapa servis penghantar makanan online di sini turut menjadi popular. 

Antara servis penghantaran makanan online yang popular di Penang ini, adalah seperti yang berikut. 

1. FOODPANDA

Sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam, food delivery penang dari Foodpanda menyampaikan makanan pilihan anda ke depan pintu rumah anda. Dengan beroperasi di enam bandar yang berbeza di Malaysia, foodpanda menawarkan pelbagai pilihan sehingga 700 restoran yang terdiri dari pelbagai jenis masakan. 

Anda juga boleh mendapatkan secawan kopi yang diseduh segar daripada mereka. Sekiranya anda mempunyai majlis atau perayaan di mana anda perlu memesan banyak makanan, mereka juga boleh tolong masalah anda itu, anda hanya perlu membuat pesanan dengan lebih awal. Foodpanda memberikan kemudahan kepada pelanggan dengan hanya satu klik sahaja. 

2. PENANG TIFFIN

Jika anda sudah muak dan bosan mendapat aduan kerana memasak makanan yang sama sepanjang masa, sudah tiba masanya untuk anda berhenti memasak dan membuat pesanan makanan ke rumah anda. 

Penang Tiffin mempunyai pelbagai pilihan mulai dari masakan Melayu, Cina dan juga Barat. Mereka mempunyai menu sepanjang minggu untuk anda membuat pesanan. Anda dapat menjimatkan lebih banyak dan mengurangkan tekanan. Penang Tiffin menyegarkan menu mereka setiap minggu, anda boleh melihatnya di laman Facebook mereka. 

3. THE YUMMY FOOD HOUSE

Ramai yang tahu bahawa mencari tempat makanan barat yang baik di Pulau Pinang pada waktu makan tengah hari agak susah. Dan disebabkan panas pandemik pada masa sekarang, ramai yang melewatkan masa masa makan tengah hari mereka.  Anda beruntung kerana The Yummy Food House menyediakan makanan barat yang sedap dan mesra Muslim dan boleh menghantarnya ke depan pintu rumah anda. 

Bebola daging dan makaroni mereka adalah antara hidangan yang paling diminati ramai. Hidangan mereka terhad dan laris, jadi jika anda ingin mencuba makanan mereka, anda perlu membuat pesanan sebelum jam 9 pagi untuk mengelakkan berlakunya kekecewaan. 

4. HUNTSMAN FOOD DELIVERY

Huntsman Food Delivery mungkin jarang dijumpai di Pulau Pinang di mana mereka menyediakan dan menghantar makanan vegetarian ke depan pintu rumah anda. Sekiranya anda masih baru dalam hidangan vegetarian dan belum tahu makanan anda sendiri, cubalah memesan makanan anda di Huntsman. 

Anda juga harus ingat selain menyediakan makanan vegetarian, Huntsman Food Delivery juga turut menyediakan makanan biasa yang lain. Ianya sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai kedua-dua ahli vegetarian dan juga bukan vegetarian. 

5. FOODLAB EXPRESS

Diciptakan dengan penuh minat oleh penggemar makanan, FoodLab Express diwujudkan bagi memuaskan rasa lapar dan keinginan makan anda yang muncul secara tiba-tiba. Dan semua makanan yang ditawarkan disediakan oleh chef utama mereka bagi memenuhi selera dan cita rasa anda. 

Menurut ulasan, mereka selalu menghantar tepat pada masanya dan makanan anda tetap dalam keadaan yang hangat. Harganya juga berpatutan dengan jumlah hidangan, hanya bernilai berapa ringgit sahaja yang perlu anda belanjakan. Oleh itu, jika anda merasa malas untuk memasak, anda disarankan untuk mencuba khidmat dan hidangan FoodLab. 

6. DELIVEREAT

DeliverEat telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh sekelompok orang yang berasal dari Pulau Pinang dan juga telah berkembang jauh. Dari perniagaan kecil di Pulau Pinang hingga sekarang sudah beroperasi di Kuala Lumpur. Mereka telah menjalinkan perkongsian dan kenalan perniagaan dengan banyak rangkaian kedai yang besar yang mungkin anda kenali sebagai foodie. 

Sebenarnya mereka telah mempunyai lebih daripada 300 restoran untuk dipilih oleh anda. Sebilangan daripadanya adalah Tealive, Sakae Sushi, Morganfield’s, Kyochon dan banyak lagi. Anda tidak akan lapar lagi apabila anda membuat pesanan di DeliverEat. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge