WORLD SAREE DAY MALAYSIA DISAMBUT MERIAH!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ini pernah dikongsikan tentang sambutan World Saree Day yang bakal diadakan pada 19 March 2023
Berkesempatan untuk sama sama menyaksikan satu-satunya sambutan pasti tidak akan dilepaskan.
WORLD SAREE DAY MALAYSIA
Diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023.
Ianya adalah sebuah program amal ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India.
Objektif program adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik orang ramai tentang keunikan Sari yang ada. Selain itu menyalurkan sumbangan kepada PDSM bagi menampung perbelanjaan mereka.
PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA
World Saree Day ini telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi India, Encik Bommireddy Narasimha Reddy, juga anak-anak yatim mahupun dari pertubuhan kebajikan.
Antaranya Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Lagenda dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas.
Kehadiran kanak-kanak ini adalah untuk membina semangat mereka dalam mempelajari warisan budaya memakaian Sari.
KENAPA SAREE?
“Kami memilih untuk mendidik tentang warisan budaya Saree kerana terdapat banyak fakta menarik mengenainya.
Salah satunya ialah terdapat pelbagai jenis Saree, bahan, dan tekstil di seluruh India, dan terdapat pelbagai cara pemakaiannya.
Ia telah direkodkan bahawa terdapat sejumlah 108 cara memakai Saree yang menjadikannya satu pakaian yang unik”
-kata Bkay Nair, Pengarah World Saree Day.
SIAPA BKAY NAIR?
Bkay Nair juga merupakan Pengarah Bkay Nair Resources (BNR),. Sebuah syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi.
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.
Sebagai seorang yang dermawan, beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan.
Melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa. Oleh demikian, ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini.
BUDAYA PEMAKAIAN SAREE
Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan.
Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa. Oleh Itu, WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat.
Dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
LEBIH DARI 60 SARI DIPERAGAKAN
Acara ini telah mempamerkan lebih daripada 60 Sari dalam pelbagai warna dan gaya dalam pertunjukan fesyen dengan penyertaan 10 model berpengalaman dari PDSM.
Ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada komuniti sindrom down untuk meningkatkan pembangunan diri mereka.
Tarian Khatak tradisional yang unik juga dipersembahkan oleh Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC). Di mana para penari menceritakan kisah melalui mata dan ekspresi mereka.
Kelab Bharat Kuala Lumpur pula telah mempamerkan 30 jenis Sari yang berbeza dan gaya lilitan di 30 negeri (India selatan ke utara). Ini cara untuk mendidik orang ramai tentang keunikan dan fakta menarik tentang Sari.
KEKALKAN PELBAGAI BUDAYA DAN PAKAIAN TRADISIONAL
WSDM akan terus berusaha untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional masing-masing bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum di samping memupuk semangat cinta dan hormat-menghormati.
Khususnya untuk budaya pakaian tradisional india iaitu Saree dalam kalangan generasi muda agar ia tidak dilupakan.
PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA
PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001.
Mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia.
Melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.
Sumbangan yang diberikan oleh WDSM kepada PSDM adalah untuk membantu mendapatkan peralatan tambahan, perbelanjaan latihan kerjaya vokasional, dan peralatan.
Bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya dalam masa terdekat