WORLD SAREE DAY DENGAN PERSATUAN SINDROM DOWN CHARITY HITEA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Gabungan kedua ini untuk mengadakan program amal pastinya ‘awesome’ atau terbaik.
WORLD SAREE DAY
World Saree Daya Malaysia akan berlangsung pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Di mana persembahan daripada PSDM, JKKN, Kelab Bharat Kuala Lumpur bakal di persembahkan.
Selain itu World Saree Day Malaysia [WSDM] bergabung dengan Persatuan Sindrom Down Malaysia [PSDM] untuk mengadakan program amal.
Gabungan kesenian dan kebudayaan, program ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India.
Tujuan program ini adalah untuk menjana dana kepada PSDM. Dalam masa yang sama, mendidik tentang keunikan Saree serta memperkenalkan budaya pemakaian Saree di Malaysia.
PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA
PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001.
Mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia.
Melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.
PELNAGAI KEMAHIRAN DIDEDAHKAN
Di PSDM, kanak-kanak Sindrom Down didedahkan dengan pelbagai kemahiran. Seperti memasak, membasuh pakaian dan pelbagai kemahiran lain demi membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Oleh itu, dana yang dijana di program ini akan digunakan untuk membantu PSDM mendapatkan peralatan tambahan.
Juga perbelanjaan latihan kerjaya vokasional mereke bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya di masa hadapan.
SIAPA BKAY NAIR?
Bkay Nair adalah penganjur progam ini merangkap pengarah di syarikat Bkay Nair Resources (BNR).
Syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi untuk menjadi usahawan yang berjaya, dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.
Mereka yang mengidap penyakit Sindrom Dorwn sering bertungkus lumus demi mendapatkan pekerjaan dan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.
Sebagai seorang yang dermawan, Bkay Nair telah melibatkan diri dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak.
Terutamanya yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa. Ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini.
Disebabkan itu, WSDM dan BNR berbangga untuk menyokong dan menggalakkan usahawan di kalangan Sindrom Down.
ANTARA PROGRAM YANG DIANJURKAN
Sebelum ini, Bkay Nair juga telah menganjurkan beberapa program seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”.
Juga “Women of Essence Leadership Series 2019 – 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.
“Saya seorang yang meminati warisan budaya Malaysia dan selalu mengambil bahagian dalam pelbagai program amal.
Berharap program ini dapat memberi peluang kepada komuniti PSDM untuk menunjukkan keupayaan dan potensi mereka.
Dalam masa yang sama memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional kaum India iaitu Saree,”
-kata Bkay Nair.
PEMAKAIAN SAREE DALAM RAKYAT MALAYSIA
Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan.
Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa.
WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Acara ini adalah gabungan antara amal, pendidikan, budaya, dan fesyen.
Dengan sambutan hari wanita antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Mac, acara ini juga memberi platform kepada kami untuk meraikan semua wanita di Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang.
Tekat untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia, menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum.