Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Wangian Bayang Oleh Khai Bahar Dari RiSES Perfumes
Khai Bahar? Siapa itu Khai Bahar? Kenal tak anda dengan applikasi SMULE yang popular sejak tahun lepas telah melonjak nama Khai Bahar apabila dia mendendangkan lagu Siti Nordiana. Terbaru Khai Bahar telah mengorak selangkah ke hadapan berkolaborasi dengan Rises Perfumes untuk menghasilkan perfume Wangian Bayang dimana dutanya adalah beliau sendiri. Nama perfume ini diambil sempena lagu hits beliau iaitu “Bayang oleh Khai Bahar” yang sedang dimainkan di radio muzik kegemaran anda
Sedikit informasi tentang Wangian Bayang
Aroma “Bayang” adalah hasil daripada inspirasi gaya hidup remaja dan direka khas untuk peminat Khai Bahar, artis muda yang semakin meningkat naik namanya di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang ditekankan dalam pengeluaran minyak wangi ini adalah berdasarkan kepada personaliti Khai yang sentiasa ceria dan mempunyai gaya hidup aktif. Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu lagu “Bayang”
wangian edisi terhad (limited edition) edaran RiSES Perfumes didalam bentuk 30ml EDP berharga RM90 sebotol dan production hanyalah 5000 botol sahaja yang dikeluarkan. ,Terdapat lebih daripada 80 wangian eksklusif RiSES Perfumes berharga RM65 sebotol yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Apabila berbicara tentang perfume atau minyak wangi, perkara pertama terlintas di fikiran adakah ianya selamat & boleh digunakan sewaktu sembahyang? Pelancaran “Wangian Bayang ” telah disempurnakan dimana produk ini dihasilkan untuk FOR Him & For Her. Ianya boleh digunakan sewaktu sembahyang dan telah mendapat sijil pengiktirafan dari JAKIM atas kesahihanya. Bukan itu sahaja dalam penghasilan wangian “Bayang” ianya mengikut keperluan syariah tiada kandungan alkohol dan kekal selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat.
En. Ahmad Shauqi Abd Wahab, selaku Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes menegaskan misi mereka adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, di mana mereka menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik “Bayang”.
Manakala pemilihan Khai Bahar pula sebagai duta menjadi sebuah symbol kea rah kehidupan yang aktif supaya dijadikan inspirasi kepada seluruh peminat-peminatnya.
Video persembahan dari Khai Bahar
RiSES Perfumes akan turut serta dalam jelajah promosi Khai Bahar ke Jakarta bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2017 dan mengambil peluang ini untuk mempromosikan wangian “Bayang oleh Khai Bahar” serta jenama-jenama lain keluaran RiSES Perfumes. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RiSES di pasaran Indonesia.Untuk maklumat lanjut layari
Pingback: KONSERT NAFAS CINTA - KHAI BAHAR TERUBAT KERINDUAN, BEST!