Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berpeluang untuk turut menjadi salah seorang tetamu di Showcase Aiman Tino bersama Sandra Mentor & Suffian Suhaimi tidak dilepaskan. Semestinya tanda terima kasih diberikan kepada Kak Ana dan En Zain untuk tiket ini . Ianya telah berlangsung dengan gah nya di Dewan Tunku Abdul Rahman, salah satu auditorium di MOTAC.
Showcase yang berlangsung selama sejam setengah telah di hadiri lebih dari 100 orang dan masing-masing kelihatan berpuas hati selepas keluar dari auditorium . Showcase dimulakan tepat jam 9 malam dan dimulakan dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Terakhir” dari Suffian Suhaimi. Sufiian mendendangkan lebih dari 3 lagu termasuk lagu ini
Terakhir dari Suffian Suhaimi
Sandra Mentor pula berkomunikasi dengan para hadirin dimana kuiz teka teki diberi . Pelbagai jawapan yang diterima. Walaupun salah tetap di beri sekuntum bunga dan juga CD nya. Sempat merakam lagu ini yang didendangkan oleh Sandra
Hey Kau dari Sandra Mentor
Dan pastinya kemunculan Aiman Tino yang ditunggu oleh para hadirin. Kecil sahaja orangnya tetapi mempunyai suara yang besar. Antara rakaman yang sempat dirakam
Ku Rela Di Benci – Aiman Tino
Permata Cinta oleh Aiman Tino
Rasa macam tak puas hati bila lagu yang dinyanyikan mereka bertiga berakhir tetapi apakan daya . Mungkin di lain kali bakal di adakan lagi dan dapat berjumpa lagi. Ini sahaja yang sempat dirakamkan sewaktu showcase ya .. Hingga ketemu lagi nanti