BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN 10 OKTOBER 2026!

Dari Kisah Cinta ke Alam Rumah Tangga, Bella Astillah & Syed Saddiq Kongsi Perjalanan Dalam ‘Walimatulurus’

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ

Kisah cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal dibawa lebih dekat kepada peminat menerusi siri istimewa Astro, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Menerusi lapan episod eksklusif, penonton boleh mengikuti perjalanan pasangan ini membuat persiapan menuju hari bahagia, termasuk momen bersama keluarga serta kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Lebih menarik, program ini turut memperlihatkan sisi lebih peribadi Bella dan Syed Saddiq ketika mereka memulakan fasa baharu dalam kehidupan bersama keluarga dan anak-anak.

8 EPISOD PERJALANAN

Bermula 6 Oktober 2026, ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’ akan membawa penonton mengikuti pelbagai detik penting pasangan ini.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN
BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Daripada persiapan perkahwinan, debaran menjelang majlis nikah, momen bersama keluarga sehinggalah kehidupan selepas diijabkabulkan, semuanya dirakam secara eksklusif oleh Astro.

PELUANG UNTUK PEMINAT

Menurut Naib Pengerusi Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, program ini menjadi peluang untuk peminat menyaksikan sendiri perjalanan istimewa Bella dan Syed Saddiq menuju alam rumah tangga.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

Astro turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar kehidupan baharu mereka sentiasa dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang serta kenangan indah bersama keluarga.

BUKAN SATU, TAPI DUA MAJLIS RESEPSI

Perjalanan pasangan ini tidak berakhir dengan majlis nikah sahaja. Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal diraikan menerusi dua majlis resepsi di lokasi berbeza.

📍 MUAR, JOHOR – 25 OKTOBER 2026
Majlis resepsi bagi pihak keluarga Syed Saddiq.

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN

📍 KOTA KINABALU, SABAH – 31 OKTOBER 2026
Majlis resepsi bersama keluarga dan kenalan Bella Astillah.

Bella turut berkongsi bahawa perjalanan ini cukup bermakna buat mereka, terutama apabila dapat berkongsi detik bahagia bersama keluarga, Ayden, Ara dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan serta doa.

WALIMATULURUS BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ

BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAKAL KAHWIN


Tarikh mula: 6 Oktober 2026
Hari: Setiap Selasa
Masa: 11.00 malam
Saluran: Astro Ria (104)
Strim: Astro GO & Sooka
Jumlah: 8 episod

Majlis nikah turut disiarkan secara langsung. Bagi yang mahu menyaksikan sendiri detik Bella Astillah dan Syed Saddiq disatukan, majlis nikah mereka akan disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2026, jam 9 pagi.