USANITA – PENJENAMAAN & PENDIGITALAN BERSAMA KPLB, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di dalam keadaan desakan ekonomi dunia hari in ekoran pandemik Covid-19, sangat ramai yang terkesan terutama golongan B40 dan M40.
Rung kerja semakin sempit dan bukan sedikit bergelar penganggur sehingga mengganggu emosi dan mental mereka.Bagaimanapun antara jalan terbaik untuk mengukuhkan ekonomi keluarga adalah memulakan perniagaan sendiri.
USANITA
USANITA SDN. BHD, melihat perniagaan sebagai jalan keluar untuk mereka yang berada di dalam kesempitan. Justeru itu, USANITA mengambil langkah seiring dengan aspirasi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Ini untuk sama-sama membangunkan para usahawan dalam era Industri 4.0 menerusi penjenamaan dan pendigitalan
terutama bagi kalangan usahawan B40 serta M40.
“Rata-rata usahawan terjejas akibat serangan pandemik dan selama dua tahun kita dibelenggu virus maut itu yang membuat kita ‘mati akal’ seketika.
Kami di USANITA melihat impak ini sebagai inisiatif baru bagi melonjak kembali golongan B40 untuk kembali membina ekonomi keluarga dan perniagaan.
WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN
“Selari dengan aspirasi kerajaan tentang Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, USANITA cuba menyuntik semangat usahawan IKS B40 dengan program dan webinar bagi mereka dalam mendepani cabaran pandemik ini.
Hubungan baik di antara USANITA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selama ini juga memberi banyak peluang dan sokongan. Terutama buat wanita yang terkesan dengan Covid-19 dalam menceburi bidang perniagaan.
“Untuk program kali ini, USANITA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, akan bergerak seiring membantu mereka yang terjejas. Alhamdulillah, kami turut bawakan Datuk Rosyam Nor untuk merealisasikan objektif pengukuhan semula ekonomi golongan berkenaan,”
-kata Ketua Pegawai Eksekutif
USANITA, Datin Adzliana Binti Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan yang mengharapkan jalinan hubungan dengan kementerian-kementerian lain juga dapat membantu memperkasa dan memajukan ekonomi negara.
Menurut ahli perniagaan wanita berjaya ini, sudah tiba masanya untuk golongan usahawan menggunapakai teknologi pendigitalan secara menyeluruh. Bagi mencapai sasaran pembeli dengan lebih mudah, pantas dan murah.
MAJLIS PELANCARAN
Majlis pelancaran program PERINTIS USANITA – PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN BERSAMA KPLB in dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid .
Turut hadir adalah Timbalan Menteri 1 KPLB, Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamed; Ketua Setiausaha KPLB, Dato Raman Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Haji Mohd Syafiq Abdullah.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan penghibur terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah dengan lagu Dayang Sayang Kamu dan Tari Tualang Tiga.
DATUK ROSYAM NOR
Bercakap mengenai penjenamaan, Datuk Rosyam Nor menyifatkan dalam kehidupan seharian kita harus mempunyai penjenamaan terutama bagi mereka yang terlibat di dalam perniagaan.
“Segala yang ada di dalam kehidupan ini mesti ada penjenamaan, apatah lagi bisnes. Bila kita datang dengan bisnes, tentunya kita mesti ada nama yang baik untuk sesebuah produk, syarikat mahupun individu perseorangan.
Tanpa jenama, orang sukar kenal. Bagi saya, orang bisnes wajib ada penjenamaan yang kukuh dan sesuai dengan barangan yang diniagakan.
“Era digital sudah sampai klimaks kerana a telah bermula sejak 1969. Kedatangan Covid-19 mengajar semua orang tentang erti kepayahan baik hidup mahupun bisnes. Tetapi di dalam yang sama a mendidik tentang transformasi.
“Sebelum ini kita sangat kurang menggunakan digital online untuk perniagaan tetapi hari ini ia menjadi keutamaan. Sudah menjadi kewajipan untuk mereka mendigitalisasi bisnes kalau mahukan jualan melambung tinggi.
Cara lama tidak salah tetapi kalau mahukan perniagaan yang efektif, gunalah digital,”
-kata Datuk Rosyam Nor.
Menurut usahawan selebriti itu, pendigitalan mampu menyebarkan kehadiran sesebuah produk di kawasan yang lebih las, jauh dan melampaui sempadan. Layari
Website | – 03-41313041 |