GIG@ISLAMICTUNES INGIN MARTABATKAN HIBURAN ISLAMIK,BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda dengan gigIT ? Meh kite share pasal ini.
GIG@ISLAMICTUNES
ISLAMICTUNES melancarkan siaran online gig@islamictunes atau gigIT . Dimana menggabungkan narasumber atau ahli-ahli panel dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Pengasas Islamictunes, Rozman Abas berkata, gigIT merupakan online streaming hiburan Islamik . Bertujuan untuk membangunkan dan memartabatkan pembuat konten-konten hiburan. Patuh syariah dan “halal” untuk pengisian makanan jiwa umat Muslim.
HIBURAN ISLAMIK
Menurut Rozman, GIG@ISLAMICTUNES dibangunkan susulan hiburan Islamik tidak mendapat tempat dalam kalangan umat Islam sendiri.
“Dulunya, hiburan nasyid pernah menguasai pasaran industri muzik Malaysia dan Nusantara tetapi kini semakin sepi dan lesu,”
– katanya.
ISLAMIC TUNES
Selain itu, Rozman berkata, IslamicTunes juga telah memulakan usaha untuk mengajurkan acara KL International Islamic Music Festival 2022 (ilMF 2022).
“Program tersebut merupakan salah satu usaha bagi mengisi kekosongan program-program memartabat dan memperkasakan industri konten Islam,”
-sambungnya.
Dalam pada itu, menurut Rozman, gig@islamictunes berusaha untuk menghubungkan pihak pedagang samada muslim atau non-muslim. Yang memasarkan produk mereka kepada komuniti muslim melalui segmen MUSLIMPRENEURS yang akan dimulakan tidak lama lagi.
SIAPA YANG SAHUT SERUAN?
“Selain dari syarikat A&M Berkat Travel Tours, penaja pertama yang menyahut seruan ini adalah syarikat QR Oyes SDN.BHD,”.
Rozman berharap agar acara gig@islamictunes mendapat sokongan untuk menjadi wadah bagi menemukan pembuat, pemilik dan pedagang konten, membuat perbincangan mejabulat.
Tambahnya, dia juga berharap gig@islamictunes dapat memberi ruang. Juga peluang kepada artis, munsyid dan daei untuk bersama-sama memakmurkan industri hiburan islamik.
INFORMASI TENTANG GIG@ISLAMICTUNES
IslamicTunes was founded in 2015 as a Global Digital Halal Entertainment and Islamic Lifestyle Marketplace. The main idea is to build the Muslim’s Creative Content Community (Music, Audio, Video, Film, Book, Image & graphic).
To create more awareness and to support independent Muslim’s creators, artists and talents across the globe. By strengthening the business networking for Muslim Content Entrepreneurs