AL-IKHSAN SPORTS LANCAR BARANGAN HARIMAU MALAYA AMAZING! | Siapa peminat sukan terutama sekali Harimau Malaya mesti ternanti-nanti kemunculan mereka. Kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang bakal berlangsung di Singapura sudah bermula.

AL-IKHSAN SPORTS

Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya. Bukan barangan biasa tetapi edisi Piala AFF Suzuki di Football Republic, Sunway Pyramid baru-baru ini.

AL-IKHSAN SPORTS

PERJANJIAN PENAJAAN

Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut diadakan. Sepatutnya ditandatangani lebih awal. Tetapi ditunda pada Ogos lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan seluruh negara.

AL-IKHSAN SPORTS

Pelancaran itu dihadiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM.

Selain itu Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla turut hadir.

AL-IKHSAN SPORTS

KOLEKSI HARIMAU MALAYA

Koleksi terbaharu Harimau Malaya x Al-Ikhsan edisi kedua ini sudah mula dijual secara fizikal. Boleh dapati di semua cawangan yang berdekatan. Untuk anda yang dewasa harganya RM 79 manakala untuk kanak-kanak pula dari harga RM59.

AL-IKHSAN SPORTS

Jika tiada kelapangan jangan risau kerana boleh juga dapati secara dalam talian melalui

Website | Facebook | Instagram

Pic credit : Megatz

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge